18 Januari 2009

Penyokong PAS berpusu-pusu menuju ke Stadium Negeri

Mengikut perkiraan saya penyokong PAS yang berpusu-pusu menuju ke stadium negeri pada masa ini adalah di kalangan mereka yang mengetahui pusat penjumlahan undi masing-masing telah dimenangi oleh Calon PAS, Hj.Abdul Wahid Endut.

Maklumat yang diterima tidak rasmi mengatakan calon pas menang dengan majoriti 1000 undi lebih setelah 36,000 undi dikira setakat ini. Sedangkan masih terdapat sekitar 20,000 undi yang belum selesai dikira.

Saya cuba mendapat pengesahan rasmi dari adik Hj. Wahid yang kebetulan sahabat baik, beliau mengatakan persaingan sangat sengit.

Dari masa ke semasa saya akan memaklumkan berita terkini dari Kuala Terengganu. Apa yang sangat diharapkan calon PAS akan menang sebagaimana yang diharapkan.