17 Februari 2009

Krisis Perak: PM akan perjelas pada Majlis Raja-raja

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjelaskan situasi politik negeri Perak kepada Persidangan Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

Abdullah berkata, terpulang kepada majlis berkenaan untuk membuat sebarang saranan atau keputusan berhubung perkara tersebut.

"Majlis Raja-raja bersidang setiap tiga bulan dan terpulang kepada Raja-raja untuk membincangkan perkara seperti ini. Saya juga akan hadir dan akan memaklumkan kepada sidang Raja-raja nanti peristiwa yang telah berlaku, apa sebab-sebabnya dan sebagainya, lapor Bernama.

"Soalnya apakah saranan Raja-raja nanti atau keputusan itu adalah terpulang kepada mereka, saya hanya bertanggungjawab untuk memberi maklumat tentang apa yang telah berlaku," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, di ibunegara, hari ini.

Sementara di Ipoh, Menteri Besar Perak kudeta , Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, sebagai sesuatu yang pelik.

Beliau berkata kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.

Pakar perundangan

Bagaimanapun,Zambry berkata beliau akan mendapatkan pandangan pakar perundangan sama ada perlu atau tidak menghadirkan diri bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau mengulas pengumuman Sivakumar yang merujuk Zambry yang juga Adun Pangkor dan enam Exco kerajaan negeri kudeta yang mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu, kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan.

Enam Exco kudeta berkenaan adalah Hamidah Osman (Sungai Rapat), Ramly Zahari (Manong), Mah Hang Soon (Chenderiang), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik).

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan semalam berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah, Ramly, Mah, Saarani, Mohd Zahir dan Zainol Fadzi telah dihantar pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Sivakumar berkata keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya dari Adun Canning Wong Kah Woh Khamis lalu, yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan. malaysiakini.

Ulasan :

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana ahli dewan yang melanggar peraturan tetap dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang mencemar dewan pada bila-bila masa difikirkan perlu. Tidak kira di dalam atau di luar dewan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

em... elok DS Ir.Nizar hadir sama pada Persidangan Majlis Raja-Raja tu untuk menerangkan keadaan yang sebenar...

Raja-Raja x seharusnya mendengar sebelah pihak je (pak lah) untuk membuat keputusan...

- muslim1404 -

Tanpa Nama berkata...

Semoga Tuanku Raja2 Melayu lebuh rasional.
Sebab sebelum ni UMNOlah yang mempertikai Hak & kekebalan Raja2 Melayu.
UMNO.. Jgn buat2 x tahu. Lempar batu sembunyi tangan. dok mcm lembu kenyang!

Tanpa Nama berkata...

Zambry tu tak berani ke nak mengadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN sampai nak merujuk kepada pakar perundangan.. masa terima lantikan jadi MB ada ke merujuk pada pakar perundangan tu? Teringat pepatah dulu-dulu.. berani kerana benar..