17 Februari 2009

Jumlah anak tanpa bapa mencecah 257,411

BAYAN BARU, 16 Feb : - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi.

Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.

Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.

"Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia," tegasnya.

Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.

Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.

"Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan," terang Muntaz lagi.

Berceramah sama dalam majlis itu ialah Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Malik Abul Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Kedah, Ustaz Izzat Mohd Sauki. Harkahdaily.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NauzubiLLAH, itu mungkin x campur anak hasil pemimpin Melaka, Selangor dan yang ada di luar negara tu.
Kalau lama lagi puak2 jahiliah ni memerintah makin bertambah pulalah bilangannya...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ....

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang akan terjadi di atas muka bumiNya .....Wallah hu A'lam ..