24 Februari 2009

Panduan Peguam Diraja di London, kerajaan MB kudeta sudah pening kepala.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kudetanya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Satu tindakan yang mengelirukan seolah-olah sistem perundangan di Malaysia tidak mampu lagi menyelamatkan tindakan jahat mereka.

Paling memeranjatkan banyak pihak, tindakan ini memperlihatkan suatu penghinaan kepada sistem undang-undang yang ada di Malaysia. Adakah sesuai jika kita katakan mereka inilah yang penderhaka kepada negara sendiri ?

Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini.

Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.

"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata seorang sumber yang dipetik oleh The Star hari ini.

Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan.

Ketika ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini.

Pada Rabu lalu, Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula digantung selama 12 bulan.

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (ADUN Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd. Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang).

Pada keesokan hari, Zambry berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang bagi menyelesaikan tindakan menggantung mereka daripada menyertai mesyuarat DUN.

Sehubungan dengan itu juga Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan yang salah dan mengelirukan kepada Zambry suapaya membuat laporan Polis. Arahan itu dianggap lucu dan diluar bidang kuasa polis oleh Tun Dr. Mahadhir.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan pening kepala lah..PR yang dah mabuk..tak ikut arahan Sultan

Tanpa Nama berkata...

Kuasa rakyat vs Kuasa sultan = Kuasa Rakyat

kuasa perlembagaan vs kuasa sultan = kuasa perlembagaan.

lu ni la... nak fikir pun tak reti...lu duduk zaman apa???

Tanpa Nama berkata...

saudara/i anonim...try banding dgn ayah tajol rosli tipu sultan dulu, isu derhaka, isu perlembgaan or bagaimana...harap maklum ;p

Tanpa Nama berkata...

BN yang bodoh..tak faham undang tubunh negeri..
yg BN faham undang tu aku buat ikut suka aku sendiri!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau hangpa dah canang yang Sultan tu ada macam-macam kuasa termasuk pecat MB, pi lah jumpa Sultan balik. Suruhlah Sultan pecat Speaker pulak. Hang ni macam baru keluaq hutan, ini Malaysia lah bukannya Malaya, buat malu kaum je lah..

Tanpa Nama berkata...

Woi UMNO dah tak dak pakar undang yg hebat ka di Malaysia ni,yg pi jumpa orong putih tu, banyak loyar buruk UMNO, tak kan tak reti undang2, ha geli, di Pangkor pun banyak loyar buruk. kah kah.

azhar berkata...

SALAM...BIASELE BOMOH KAT MLAYSIA TAK LEH PAKAI DAH SEMUENYE MAKAN DUIT..CARI LAYWER LONDON..ORANG PUTIH..DEPA NI MEMANG HAMBA BARAT..SIKIT PUNYA HAL KELAM KABUT..TANYELE KAT AZIZ BARI..PAKAR UNDANG2..TANYA KAT LAYWER DEPA ..BANYAK SEMUE LAYWER UMNO NI KELAS 3 PUINYA ATAUPUN IKUT PINTU BELAKANG..

Tanpa Nama berkata...

hehehe nak tanya balik orang yang baru kenal politik, kalau PR jumpa Agung bawa nama ahli parlimen yang sokong PR dengan majoriti mudah untuk tubuh kerajaan persekutuan, Agung panggil semua ahli Parlimen betul ke setuju, jawab mereka setuju sokong PR, agung perkenan dan lantik pemimpin PR jadi PM, tanpa PM sediaada letak jawatan, tanpa bubar Parlimen dan tanpa undi tak percaya di Parlimen. Orang BN nak ikut ke perkenan Agung ni, atau mereka akan kata
Agung tidak adil, Agung tiada hak nak pecat PM, Agung memihak dalam politik, panjang lagi tapi cukup kat sini dulu. Tolong jawab ye!!!

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah tuhan...kunfayakun..buat pe nak bodohkan org lain..jgn kaum lain kudakan kita ini org melayu Islam

Tanpa Nama berkata...

itu benda belum jadi bole la ckp... ada ke agong lantik PM baru? PR ada pi jumpa agong ker? PR bukan bodoh mcm BN... lantik guna kuasa istana... BN je boduss.... PR panggil sidang parlimen khas untuk buat undi xpercaya... tu jer... hang kot baru kenai politik sehari dua...

lanie bila dah pening... tidoq pon x lena wooo ...

lu pikir la sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Rasanya dalam Islam tak ada bangsa, melayu pun ada Islam, ada melayu kristian, macam juga cina ada cina Islam (cina islam di china lebih ramai dari rakyat Malaysia), ada cina kristian dan lain-lain, sama juga India ada India Islam ada India Hindu. Hehehe nak ikut undang-undang Islam je, bukan undang-undang Melayu yang tak tentu Islam atau tak.

Tanpa Nama berkata...

hehehe tanya tu pada orang UMNO, sila faham lah maksud yang tersirat, maksudnya kalau BN boleh buat kat Perak itu sah, sah jugalah kalau PR buat kat Malaysia, aku baru je kenal politik umur 18 tahun sekarang dah 52

Tanpa Nama berkata...

Dari dulu sampai sekarang. Dulu org putih jajah Malaya. Usaha berjuang bagai nak mampos tuk sebuah kemerdekaan. PeRjuangkan hak dan kemerdekaan rakyat. sehinggalah hasrat tercapai. Sekarang, Zombie BN plak mcm nak jual Malaysia kepada mat saleh lg sekali. Paling tidak, jual maruah negara dalam hal perundangan. Mcm kat negara kita dah xda pakar perundangan. atau memang sengaja jd badut batu tunggul aje!? Bila dah merdeka pn balik cari org puteh yang dulunya menjajah tanahair memijak maruah org melayu, hanya untuk selesai masaalah sendiri. Mane letaknya maruah Malaysia ni? cakap nak perkasakan mata pelajaran sejarah. elok dalam UMNO/BN adakan kelas khusus untuk subjek sejarah ni. mcm dah nyanyok. keparat. sori beb. gua memang nak muntah sekadar dengar je UMNO/ BN. MCM LUBANG HITAM BUSUK YG TAIK2. maaf ust. sy pakai ayat2 mcm ni kat blog ni.

Tanpa Nama berkata...

tu bukan apa.. zamri tu nak perabis duit rakyat lagi... hampehhh btul ler si mb kk ni!!!

ijafifa07 berkata...

Pada tahun 1870-an, Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktirafnya sebagai Sultan. Dan kesannya ialah Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 yang mana Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak, Sultan menerima seorang Residen British yang akan menasihatinya dalam semua perkara kecuali adat Melayu dan agama Islam. ..
Apakah sejarah akan berulang kembali?

Tanpa Nama berkata...

Oooi, Gua ingat Sultan Perak, former Lord President. Ooi.....Sultan Perak bodohkah? Ini bukan derhaka kah.

Kalau UMNO nak memperbesarkan isu derhaka, marilah kita memperbesarkan derhaka Zam Zam Ali KeZam ini

Wahai orang2 melayu sekalian, Jangan memperbodohkan kamu sekalian.

Marilah kita memastikan bahawa bakal UMNO di Bukit gantang & Selambau hilangkan depositnya