24 Februari 2009

Pesuruhjaya Kehakiman tentukan Rabu ini sama ada dengar permohonan Nizar

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan Rabu ini untuk memutuskan sama ada perlu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu di Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini, selepas selesai mendengar hujahan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said, yang mewakili Pejabat Peguam Negara berhubung isu itu.

Pada 18 Februari lalu, Mohamad Ariff menyatakan keinginannya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang untuk parti Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) dalam beberapa kes termasuk petisyen pilihan raya.

Dua isu lain iaitu sama ada kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi penentuan persoalan undang-undang dan sama ada Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, boleh mewakili Zambry dalam kes itu, akan ditentukan selepas Mohamad Ariff mengumumkan keputusannya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan lak juak NoNo bawa bicara ke London pas ni

http://prkp059.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Dalam Islam: adalah lebih baik melepaskan orang yang bersalah dari memenjarakan orang yang tidak bersalah.

Tanpa Nama berkata...

BICARALAH CEPAT C KIT DOK G LONDON WAK BENDA BERABIH RETA JE

CIKGU SB berkata...

Salam Yb,
Semacam ...kolot puak Um No nih..bakpo la gi cari sampai London.. nampak sangat dah semua tak caya peguam-peguam hok dok ade ni


www.merdekadaily.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

lagi lama kes ni dibicarakan,lgi bertmbh2 benci la rakyat perak kat b-end..especially kat zambri..rakyat xskong hang langsung..malu la zambri oiiiii..maluuuuuuuu..rakyat perak pilh yab nizar,bkan hang...blik pangkor g tebaq roti cnai lg bgus..