24 Februari 2009

Nasihat PM lucu : Dr. Mahadhir.

Tindakan Abdullah Ahmad badawi mengarahkan Zambry membuat laporan polis kerana dikenakan tindakan gantung dari mengikuti mesyuarat Dewan bersama exco haram lain di tempelak oleh Dr. Mahadhir dalam blognya di bawah, kata Tun :-

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun Mahadhir u r the good person..TQ

Tanpa Nama berkata...

dua kali lima kali dua yop..

Aldusuni berkata...

Banyak umat mualaf d malaysia terlepas pandang gara2 sibuk berpolitik ....

agama menjadi no 2 n politik suda menjadi no 1
d sabah org2 dusun mualaf jarang pemimpin dpd kl melihat kedaan mereka lebih dekat ..........

sitopimerah@android:~$ berkata...

Bila undang-undang dah termatub di rimbakan begitulah akibatnya. Apa guna peraturan kalau tak dipatuhi... sudah tentu kelam kabut jadinya.

Rakyat melihat sambil ketawa dan sedih. Ketawa kerana nampak sangat BN terdesak merampas Parak. Sedih kerana Tuanku Sultan terpengaruh dengan desakan BN.

Tanpa Nama berkata...

Zambry, 4 Exco dapatkan panduan Peguam Diraja di London......http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/23/mstar_berita/20090223095729&sec=mstar_berita

Tanpa Nama berkata...

EEEEMMMM...Apo nak dikato Jang!!!Bueklah apopun,memang payah bicaro ngan puak2 UMNO ni.Mintalah pandangan atau pendapat dari cerdik pandai dunia sekalipun,tak akan dipakainya puak2 ni.Selagi UMNO/BN ni perintah KERAjaan Malaysia,selagi itulah apa yang akan berlaku akan berlaku mengikut kehendak dan nafsu puak2 UMNO/BN...Fikir2kan...

fital berkata...

Nampaknya polis terpaksa ikut perintah PM dari mengikuti undang-undang.Mungkin bolih tubuh satu unit polis khas untuk BN

Tanpa Nama berkata...

Ye ke Dr M cakap gitu...

Tanpa Nama berkata...

Satu renungan untuk membuka minda rakyat :
Oleh : Perisik Malaya

BN DAN UMNO PARTI RASUAH, KRONI DAN SEKS SEJAK 50 TAHUN LALU.


Tan Sri Rahim Tamby Chik

* Mantan Ketua Menteri Melaka
* Mantan Naib Presiden UMNO


* Terlibat dalam skandal seks dengan seorang gadis di Melaka. 1985
* Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas

Dato’ Dr. Chua Sok Lai

* Menteri Kesihatan
* Naib Presiden MCA

*Terlibat dengan skandal seks dengan seorang perempuan Angelina Yam di Johor. 2007. Letak semua jawatan rasmi. MCA sama MCA tikam belakang?

Senator Norhayati Onn

* Senator Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor
* Apa kesudahannya?..masih menunggu…

Tan Sri Muhammad Taib

* Menteri Besar Selangor
* Orang nombor 3 dalam UMNO
* Kahwin lari ke England 1987, cerai di Malaysia 1991, bayar wang mut’ah RM16 juta 1993
* Bawa duit RM2juta di Australia
* Apa kesudahannya? Senyap sahaja. Lepas jawatan MB

Abu Hassan Omar


* Menteri Besar Selangor
* Mantan Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor
* Skandal seks
* Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas. Letak jawatan MB

Tan Sri Isa Samad

* Menteri Besar Negeri Sembilan
* Menteri Wilayah Persekutuan
* Naib Presiden UMNO
* Skandal rasuah dalam UMNO
* Apa kesudahannya? Di arah letak jawatan Menteri Wilayah dan Naib Presiden UMNO

Dato’ Seri Abdullah Badawi

* Perdana Menteri, Presiden UMNO
* Yayasan Bumiptera Pulau Pinang RM500 juta
* Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas

Dato’ Seri Najib Tun Razak


* Tim. Perdana Menteri
* Tim. Presiden UMNO
* Kerugian KOBENA RM80 juta
* Kes khalwat di P.D. dengan artis Ziana Zain
* Kes Altantuya
* Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas

TYT Tun Khalil Yaakob

* Gabenor Melaka
* Mantan Menteri Besar Pahang
* Mantan Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri
* Seleweng konsensi balak Pahang
* Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas

Dato’ Seri Samy Velu


* Menteri Kerjaraya
* Lesapkan RM70 juta duit masyarakat India
* Apa kesudahannya?

Tan Sri Musa Aman

* Ketua Menteri Sabah
* 25 tuduhan rasuah, skandal seks dan ugutan
* Apa kesudahannya? Senyap sahaja, terlepas

Tanpa Nama berkata...

terjah@sabah

UMNO SABAH ANJING PELIHARAAN KERAJAAN BN

Umno Sabah anak bongsu keluarga Umno. Ia antara edisi terkini kepada rangkaian Umno yang besar sejak kemerdekaan atau Merdeka yang telah mampu mengekalkan cengkamannya ke atas politik Malaysia. Tetapi ia kian bertukar menjadi Umno yang terkaya antara Umno negeri. Bagaimana ia telah mengaut kekayaan dan apa yang dilakukan dengan wang yang menimbun, sedang hangat diperkatakan oleh penduduk Sabah buat berapa lama sudah.

Tanpa Nama berkata...

SALAM PERJUANGAN

DATO SERI Nizar alang - alang sudah dianggap derhaka apa kata kita tawan juga Istana dan memerintah balik negeri Perak.

Tanpa Nama berkata...

Tul cakap che det tu..tapi tak leh puji die...die nie jenis ikut kepentingan diri die jer...masa dier berkuase semua die langgar ..ni tgh bengang ngan pak lah...die hentam la paklah..tp cam mana pun leh la PR guna ayat die..bagi penyokong setia UMNO..mudah mudahan termakan dgn kata2 dier..tp percaya lah media UMNO tak kan kuwar punyer...HIDUP CHE DET..HIDUP CHE DET...semuga nampak di mata dier sendiri akan lupus la UMNO di muka bumi malaysia selepas PRU13...dari bekas ahli UMNO sekarang PAS(walaupun malu nak ngaku bekas ahli UMNO)

Unknown berkata...

ksian