28 Februari 2009

Ugutan Najib, sedikit ulasan.

Banyak pihak merasa tidak puas hati mengenai kenyataan Najib yang disiarkan dalam media hari ini mengenai dua orang ADUN pakatan Rakyat yang membuat laporan kepada SPRM berkaitan rasuah yang melibatkan wang sehingga RM 20 juta supaya melompat kepada BN.

Apabila Najib menyebut "tidak masuk akal". Jangan sampai menganggap dia sahaja yang ada akal. Paling malang kalau tindakan seseorang itu diluar akal yang waras..

Walauopun dia mengatakan pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan sebaliknya dengan nada suatu ugutan beliau mengatkan bahawa pihak yang membuat dakwaan palsu akan didakwa.

Sebagai orang yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri malaysia ke 6, sepatutnya Najib mengambil peluang untuk memberi kenyataan yang menggambarkan dia adalah bakal negarawan yang melayakkan dia dilantik ke jawatan itu.

Walaupun ramai sudah melihat banyak "ranjau" dan "kubur besar" sedang menunggu sebelum dia dilantik ke jawatan itu. Banyak yang maklum tanpa disebutkan dengan jelas dalam perbahasan ringkas ini.

Alangkah manis kalau dia cuma berkata perkara itu terpulanglah kepada SPRM dan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan tuduhan itu bersedia untuk disiasat termasuklah dirinya sendiri. Jangan sesekali mengakhirinya dengan suatu ugutan dan semacam penafian pemimpin UMNO "maksum" dengan kesalahan.

Sebagaimana kami pimpinan Pakatan Rakyat sering membuka pintu untuk SPRM menyiasat apa saja tuduhan walaupun tiada asas langsung.

Sebenarnya asas laporan saya mengenai tuduhan 3 orang ADUN menerima rasuah sejumlah wang agar SPRM melakukan siasatan sehingga kepada beberapa laporan ahli Kelab Penyokong Kerajaan pakatan Rakyat (PR-BBC) yang lain kerana semuanya mesti ada kaitan.

Kaitannya tidak lain dari kejatuhan kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat. Politik kotor menghalalkan segala cara demi matlamat mendapatkan kuasa adalah tembelang yang tidak dapat disembunyikan lagi di Perak.

Insya Allah kebenaran akan menang juga cepat ataupun lambat.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam akta pencegahan rasuah..orang yang membuat dakwaan palsu juga akan didakwa....ke3nyataan Najib tu betul bukan ugutan.

Tanpa Nama berkata...

dalam akta pencegahan rasuah...
"orang yang"... kata,, orang yang membuat laporan palsu sebelum disahkan palsu...itu juga perlu di dakwa.

dr.rakyat mahu saksama

Tanpa Nama berkata...

ingatan ini perlu supaya tuduhan dan tohmanan tidak dibuat sewenang2nya..sepatutnya setiap org yg merasa dirinya difitnah perlu megambil tindakan undang2 bagi mengelakkan keadaan berleluasa dan tidak terkawal spt sekarang ini..ikut cara spura..tidak ada siapa yg berani kerana masing2 tahu akibatnya..

Pak Brahim berkata...

Tak perlu diberi amaran kerana yang membuat lapuran itu amat arif tentang undang-undang.

Cuma yang kerap melanggar undang-undang yang mereka sendiri gubal adalah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sahaja kerana untuk mengekalkan kuasa. Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang bukan lagi mewakili rakyat jelata, akan tetapi mereka menjaga kepentingan kapitalis dan kaum pemodal besar.

Sudah terang lagi bersuluh, berbagai bukti disediakan, berbagai lapuran dibuat, namun BPR/SPRM, Polis dan Peguam Negara bubuh dalam bakul sampah sahaja. Rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kewibawaan badan-badan tersebut.

Akan tetapi, melalui riak rupa dan lenguk badan TPM semasa menjawab soalan perberita, saya lihat airmukanya berubah dan adamengambarkan kegugupan dan kecut, mungkin sedikit berpeluh.

Wallah hu aklam, Allah sahaja yang mengetahui kesudahanya.

Tanpa Nama berkata...

Adakah siasatan SPRM nanti secepat kilat seperti kes MB Selangor. Secepat kilat disiasat & secepat kilat nak didakwa. Sebelum dakwa, highlight dulu kat TV3 beberapa hari.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah Najib kata x masuk akal, tapi kalau letupkan orang dgn C4 mungkin masuk akal kot!

Tanpa Nama berkata...

En najib altantuya..sila saman DSAI dgn segera kerana perkara ini telah lama di hebohkan..kamu ada peguam,kamu ada polis , kamu ada pendakwaraya , kamu ada hakim ,dan kamu ada C4.. kenapa takut..saman saja..
kes kamu yang sangat popular..altantuya , kapal selam ,kapal terbang , dan ziana zain..
jgn berselindung di sebalik istana..piraaah

Power Renjis berkata...

orang pertama yg akan dapat malu nati mamat ni la..tak bmaruah

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Insya-Allah jika diberi kesempatan, kita sama2 lihat. apa akan jadi bila BN tersungkur satu hari nanti. Kemana perginya najib. kemana perginya juak2nya. kemana perginya penyokong2nya. Utk anda yg beriya2 sgt menyokong umno tu, jika kita sama2 diberi kesempatan oleh Allah , kita sama2 akan tahu. wallahualam. (harapan63)