15 Februari 2009

Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak

IPOH, 14 Feb.:-Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Laporan pada dewan

Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

"Keputusan akan dibuat dalam dewan," katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.Malaysiakini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun waran tangkap bertinta emas di keluarkan oleh Kerajaan Haram (buangan) Pakatan Rakyat Perak - tak ada siapa yang akan melaksanakannya. Mungkin hantar jaga bank pergi tangkap kot.

Tanpa Nama berkata...

Penama RENTONG memohon Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP, SO MARILAH KITA RENONG BERSAMA ... Penyatuan orang melayu atau penyatuan orang islam, mana yang lebih penting. jika kita menyatakan penyatuan melayu itu penting .. sila rujuk dengan kitab al walaq, kalau nak lebih jelas setiap bulan hadirlah kuliah ustaz ramli wahab dimasjid lama taiping.

Tanpa Nama berkata...

tak rujuk pada Obbama ke...........

Tanpa Nama berkata...

Rantong...Rantong! Tak habis2 dgn melayu, melayu, melayu.....apa yg mulianya sangat bangsa melayu di sisi Allah? Dr Zamry (melayu/umno) dgn YB Khalil Idham Lim (cina/PR), mana lebih baik? Hisyamudin (melayu) dgn Salehudin Ayub(cina), mana lebih baik?

ek eleh penyatuan melayu, konon! Kalau melayu tapi buat perangai jahat mcm UMNO duk buat tu...aku rasa malu nak mengaku jadi orang melayu!

Macam Jamaludin dan Osman yg dah jadi mcm pelacur jantan tu....maruah melayu ada harga rupanya! tu baru dikatakan 'harga diri'...betul2 melayu jual diri punya! Malu lah sikit dgn mereka yg bukan Islam...mcm Sivakumar, Nga, dll, mereka pun tak sanggup jual diri sampai mcm tu....

Rantong, ini bangsat punya melayu!

Tanpa Nama berkata...

bila berhadapan dengan undang-undang sebenar , mereka ini telah menggeletar seluruh badan.
mana nak letak muka . sendiri yang buat kerja tak mengikut undang-undang.

Tanpa Nama berkata...

dok abih ngan perangai asobiyyyyyyyyyyyah ....poyo btol rentong ie.....gi ngaji asas aqidah balik....kene nadoh kitab ngan ust khalil...kui3

Pemuda Pelapis berkata...

Jom kita tengok...

WAJAH-WAJAH PENDERHAKA NEGARA

Tanpa Nama berkata...

Aku tak sokong ketuanan melayu sebab aku bukan melayu...kalau kata memartabatkan Islam aku sokong...