31 Mac 2009

26,224 dibuang kerja

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac lalu, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,674 orang adalah rakyat tempatan dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu saja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Shamsuddin berkata, beliau menjangka lebih banyak pekerja akan hilang pekerjaan beberapa minggu akan datang sekiranya keadaan ekonomi semasa tidak segera diperbaiki.

Katanya, bajet mini yang diumumkan baru-baru ini juga tidak banyak memberi kesan terhadap syarikat atau memberi rangsangan segera kepada mereka bagi mengekalkan pekerja masing-masing.

“Selain pengurangan sumbangan sebanyak 0.5 peratus kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), tiada apa yang diperoleh daripada bajet itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pengurangan kadar sumbangan kepada tabung berkenaan boleh menyumbang kira-kira RM300 juta setahun kepada sektor pembuatan, namun ia tidak mencukupi kerana syarikat terjejas teruk akibat kejatuhan ekonomi kebelakangan ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar syarikat yang mengekalkan pekerja masing-masing diberi subsidi secara langsung, seperti yang dilaksanakan di negara jiran.

Shamsuddin berkata, majikan sedang berusaha sedaya upaya untuk tidak memberhentikan pekerja dan mengekalkan perniagaan masing-masing.

Mengenai cadangan bajet mini untuk menaikkan levi bagi pekerja asing, beliau berkata langkah itu tidak akan menghalang majikan daripada terus mengambil warga asing sebagai pekerja kerana rakyat tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor tertentu.

Contohnya, kata beliau, dalam sektor pembuatan kaca, rakyat Malaysia tidak mahu bekerja sebagai pengendali acuan kerana ia memerlukan mereka bekerja dalam persekitaran yang amat panas dan lembab bagi tempoh yang panjang.

Melalui bajet mini itu, kerajaan bercadang meningkatkan sekali ganda kadar levi terhadap pekerja asing iaitu daripada RM1,600 kepada RM3,600 setahun.

Satu lagi cadangan ialah levi yang sebelum ini dibayar pekerja akan dibayar majikan.

Harian Metro, 30 Mac 2009

4 ulasan:

Awanama berkata...

Assalamualaikum. Saya simpati atas ramai yg kehilangan kerja...jia sesiapa yg berminat nak jadi ejen insuran, sila hubungi pn zuriati @ zuriatimy@gmail.com & jika berminat nak jadi ejen Unit Trust, hubungi Zubir @ mohd.zubirs@gmail.com

Awanama berkata...

Sebelum nie.. masa kerajaan PR Selangor bercadang nak naikkan levi untuk mengurangkan pekerja asing.. ramai pulak yang menentang..

bdl.halim berkata...

Untuk makluman, dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008, calon Parlimen Bukit Gantang ialah Dato Azim Zabidi, Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu agensi Kementerian Kewangan Malaysia.

Sebagai makluman BSN telah menyingkirkan seramai 40 orang kakitangan tanpa ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Alasan yang diberikan ialah kakitangan terbabit tidak dapat menunjukkan prestasi memuaskan.

Saya adalah salah seorang daripadanya.

Saya telah berkhidmat dengan BSN sejak 1974 iaitu sebelum ia dijadikan perbadanan dan masih di bawah Jabatan Perkhidmatan Pos.

Pada 17.9.1999 saya telah diserang strok dan lumpuh sebahagian badan di mana sehingga sekarang tangan kanan saya gagal menulis kecuali dengan menggunakan komputer.

Semenjak diberhentikan, saya hilang pendapatan dan isteri saya yang bertugas sebagai guru menanggung segala makan, minum dan pakai.

Sebagai makluman juga, saya telah berkhidmat di Kedah sebelum BSN mempunyai cawangan dengan tugas memperkenalkan fungsi BSN dan peri pentingnya menyimpan wang terutama bagi penyimpan kecil di kalangan petani, penternak dan nelayan.

Juga sasaran ditujukan kepada penyimpan muda terutama di sekolah rendah yang kini sudah dewasa dan ada yang sudah bermenantu atau bercucu.

Saya tidak kisah sangat jika disingkirkan kerana manusia seperti saya mungkin tak berguna lagi kepada BSN.

Perkara yang paling menyedihkan ialah ada di antara rakan-rakan yang tersingkir itu mempunyai tanggungan iaitu anak yang masih bersekolah dan merupakan modal insan. Manakala ada pula isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa.

Kepada para pengundi dalam PRK 7 April, 2009 nanti, renungkanlah hal ini.

joe penang berkata...

Saya ada buat bisnes direct selling. Sesiapa berminat sila hubungi saya. insan_fakir04@yahoo.com