31 Mac 2009

Imam jawab 'isu rampas kuasa' di Masjid Simpang

Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi ! Apa pun sahabat wak Anak Sengat lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata..

Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara Menteri Besar yang juga Calon PAS-DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!

Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...

Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.

Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.

Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.

Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.

Kesimpulan :

Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..

Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada.. Posted by anak sengat. Albanjari.

5 ulasan:

Make Money Online berkata...

Itulah kebenaran yg tak Allah dah tunjukkan..Insya-Allah kemenangan akan berpihak kepada Islam..

Awanama berkata...

Salam,
Sungguh kecewa saya membaca kisah ini..

Selama ini saya mennyokong penuh kepimpinan UMNO,dan UMNO lah sebagai tempat wadah bangsa melayu dan Islam dipertahankan.

Baru-baru ini berbagai-bagai insiden dan salah laku terjadi hasil dari tangan mereka-mereka yg
tamakkan kuas dalam UMNO.

Sehingga keputusan PAU baru-baru ini mengangkat
si perasuah sebagai ketua pemuda..

Luluh hati saya mengenangkan nasib parti yg saya sayangi ini.

Kini penuh yakin dan percaya bahawa UMNO tak akan berubah dan hanya menanti detik-detik untuk diKAPANKAN sahaja..

Marilah kita keluar dari UMNO yg penuh dengan samseng-samseng dan pekhianat bangsa dan agama!!
Sokonglah PAS yg semakin nampak kejujurannya dan
Istiqamah dalam mempejuangkan nasib kita..

"PERUBAHAN ADALAH ATAS PILIHAN KITA."

OTAM67 berkata...

Salam,

Allah yang beri dengan izin nya , semua manusia itu laluan dan izin daripada Allah s.w.t ...tolak perkara itu bermakna tolak allah s.w.t

Awanama berkata...

ish tak sabar nak copy sidang video imam tu sebab ana nak bagi kawan ana yang kononnya kata suaminya berjamaah di situ dan DS Nizar yang rebut mic...biar dia dgr cerita sebenar...dan ana memang dah lama luku ngan kata-kata dia..mentang-mentang la suami dia orang RTM Perak konon leh percaya la cerita tu...erm...memang orang RTM ni tak boleh dipercayai...tak de cerita betul pun dari depa.

Awanama berkata...

saya tegur anak saya yg umur belasan tahun .. asyik tenguk drama je .. tenguklah berita sama cerita yg benar2 berlaku sekarang. anak saya jawab berita pun banyak cerita tak betul juga ummi...hmmmmmmmm!!!