15 Mac 2009

Khalil ; Perak mejadi guru politik.

BACHOK ,12 Mac :- Perak menjadi guru politik kepada seluruh penyokong pakatan Rakyat dan pecinta keadilan dan keamanan,apabila kita diajar dengan krisis perlembagaan yang berlaku membuktikan bahawa BN dan UMNO akan melakukan apa saja untuk mendapatkan kuasanya yang hilang walaupun dengan membelakangi undang-undang dan memperkudakan institusi kehakiman, SPRM dan pihak keselamatan. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ceramah di Pekan Jelawat disini.

Beliau berceramah dengan Ahli Parlimen Bachok, Ust. Nasharuddin Mat Isa dan ADUN Jelawat. Hadir Sama Timbalan YDP Pas kawasan Bachok, Hj. Abdul Azizi dan Penghulu tanpa mukim, Tan Kee Ling.

Khalil juga menjelaskan rasa hairannya apabila beliau mendapati setelah 28 tahun meninggalkan pekan Jelawat, masih ramai penduduk Melayunya menyokong UMNO, sedangkan kita sudah maklum orang bukan Melayu telah meninggalkan UMNO dan BN dan meyokong parti-parti Pakatan Rakyat.



Pekan Jelawat di penuhi dengan masyarakat Melayu dan Cina setempat..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapa2 yg nak dapat phD dlm bidang politik, negeri perak adalah university politik yg setaraf dgn kelantan. disana mereka boleh berguru dgn sifu YB titi serong yg belajar dari pakar2 politik islam dikelantan.