07 Mac 2009

Peguam Sivakumar fail rayuan keputusan mahkamah

IPOH: Kumpulan peguam yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang tidak membenarkan Sivakumar diwakili oleh peguam yang dilantiknya sendiri.

Peguam Leong Cheok Keng berkata notis rayuan berkenaan difailkan serentak hari ini di Mahkamah Tinggi di sini dan juga di Mahkamah Rayuan di Putrajaya oleh peguam Philip Koh.

"Speaker telah dinafikan hak untuk memilih peguamnya sendiri dan saya fikir ia adalah satu perkara cukup serius bagi Mahkamah Rayuan untuk menimbangkannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Sivakumar memfailkan saman terhadap Penasihat Undang-undang negeri kerana mendakwa bertindak tanpa kuasa Speaker dalam prosiding 3 Mac lalu.

Semalam Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan Sivakumar hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri dan bukannya peguam swasta dalam permohonan bagi mengisytiharkan sebagai tidak sah dua keputusan beliau yang melibatkan Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, enam anggota exco dan tiga wakil rakyat Bebas.

Zambry dan enam anggota Exconya memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri antara 12 bulan dan 18 bulan sebagai tidak sah dan terbatal manakala ketigatiga Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu Jamaluddin Md Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah.

Sementara itu, polis memanggil Sivakumar ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pagi ini bagi memberi keterangan berhubung laporan terhadapnya bersabit tindakan beliau menggantung dan melarang Dr Zambry dan barisan exconya daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Bagaimanapun hanya peguam Sivakumar iaitu Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran dan Anthony Augustin yang hadir bagi memaklumkan ketidakhadiran Speaker itu yang dikatakan kini sedang bercuti di luar Perak.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memanggil Sivakumar untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menggantung Zambry selama 18bulan dan enam exconya selama 12 bulan daripada menghadiri sidang DUN Perak pada 18 Februari lepas.mstar.

2 ulasan:

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam.....

Lawan..jangan tak lawan. Kalah pun kita lawan. Menang pun kita lawan.

Perjuangan ini tidak akan berhenti selagi mana kezaliman belum dikuburkan.

Buat masa sekarang, kezaliman yang perlu dikuburkan itu adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Ayahanda Lajin kita lantik sebagai si penggali kubur sebab nak lantik dia sebagai tukang mandi mayat diatak layak kerana mandi wajib pun dia tak berapa nak lepas lagi.

Tanpa Nama berkata...

haiya.... tp itu olang manyak lajin maa... lajin bikin kilija bodoh.. huhahaha.