07 Mac 2009

Nik Aziz : UMNO derhaka kepadaraja.

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kementerian Pelajaran memperkemaskan pengajian pendidikan agama di kalangan pelajar pada semua peringkat sekolah dalam mengatasi masalah keganasan di sekolah.

Beliau melahirkan rasa sedih dengan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku sejak kebelakangan ini di sekolah yang membabitkan pelajar sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya guru serta Kementerian Pelajaran memantapkan lagi pengajian agama di sekolah supaya pelajar dibekalkan ilmu agama yang tinggi, sekali gus mampu mengelak mereka terjebak dalam keganasan.

"Sekolah sekarang asyik dengan kejadian pelajar kena belasah saja. Kalau guru atau Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak memasukkan pengajian agama dalam kepala murid (tidak memantapkan pendidikan agama), ia (masalah keganasan sekolah) tidak akan selesai," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguannya, di sini, semalam.

Dalam kejadian 16 Februari lalu, sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat, di Mukah, Sarawak membelasah seorang pelajar Tingkatan Tiga sebelum rakaman kejadian itu yang dibuat menggunakan telefon berkamera disebarkan di laman web YouTube.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata adalah tidak wajar parti pembangkang sentiasa disabitkan dengan perbuatan derhaka kepada Raja.

Katanya, daripada maklumat yang disiarkan dalam akhbar rasmi Pas minggu lalu oleh seorang penulis, banyak bukti yang menunjukkan Umno juga derhaka kepada Raja.

"Akhbar (perdana) selalu sebut pembangkang iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai penderhaka kepada Raja.

"Saya baca satu tulisan dalam akhbar itu yang memberi banyak maklumat mengenai Umno derhaka terhadap Raja," katanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap YB salinkan balik artikel dlm Harakah minggu lalu mengenai penderhakaan Umno kpd Raja, sebab ramai yg mungkin terlepas pandang mengenainya.

Tanpa Nama berkata...

soalan pertama...sapa dulu yang tuduh derhaka?cuba jawab?aku berani jawab orang umno bkn hanya derhaka pada sultn,tapi PADA YANG di-PERTUAN AGUNG...BACA BALIK LA SEJARAH SAPA YANG DERHAKA DULU?KO PEGI PERPUSTAKAAN CARI MAKLUMAT BARU CAKAP...AKU YAKIN NIK AZIZ X PERNAH PUN CAKAP DIA ULAMA'KONFEM MASUK SYURGA...KO LA YANG NYANYUK...CAKAP MERAPU...BUKTI X DE...SPA YANG TUDUH ORANG LAIN NYANYUK TU LA YANG NYANYUK...

Tanpa Nama berkata...

BILA ADA KES LIBATKAN PARTI PEMBANGKANG,TERUS SIARKAN PARTI TU DERHAKA...PARTI MANA YANG SOKONG KEKEBALAN RAJA2 MELAYU DIHAPUSKAN?ZAMAN SAPA YG MEMERINTAH TU?JANGAN JADI JAHIL DAN MUNAFIK..BILA MCM NI UMNO PUN KONON2NYA KATA LA DIA PEMBELA BANGSA,AGAMA..BELA AGAMA APA KALAU HUDUD PUN TOLAK..BELA BANGSA APA KALAU BAHASA SENDIRI NAK DHAPUSKAN...TOLONG JAWABBB!!!DULU SULTAN PERAK MURKA SAMPAI BERNAZAR X MAHU CUKUR JAMBANG SELAGI BAPAK TAJOL ROSLI WAKTU JADI MB PERAK X NAK LETAK JAWATAN WALAUPUN DISURUH OLEH SULTAN?TU X DERHAKA KE?NIZAR CAKAP DIA MENGADAP SULTAN DENGAN SEMBAH DERHAKA..TU KAN BAHASA ISTANA?UMNO AMIK KESEMPATAN NI UTK JATUHKAN PAKATAN RAKYAT..PERALATKAN RAKYAT..UMNO TOLAK HUDUD...MAKNANYA KO NAK BUANG FIRMAN TUHAN...SYARIAT ALLAH...DULU DR MAHATHIR CAKAP,'HUDUD TU HUKUM PAS YANG BUAT..HUDUD TU KAN ADA DALAM AL-QURAN?DALAM SURAH AN-NUUR ALLAH JELASKAN BAHAWA HUKUM YG ALLAH PERINTAHKAN WAJIB DLAKSANAKAN..KLU KITA MERASA YAKIN KITA NI ISLAM,KITA NI BERIMAN PADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT,MAKA LAKSANAKANJIKA TIDAK,TERSERAH!LAKUKAN APA YANG INGIN ANDA LAKUKAN.TAPI JGN SESEKALI MENAMAKAN DIRI ANDA SEBAHAGIAN DARI UMAT ISLAM.SEBAB TINDAKAN ANDA ITU JAUH DARI AJARAN ISLAM.FIKIRKANLAH
ISMAIL DARI BATU PAHAT

Tanpa Nama berkata...

biar la dia kata camtu kat TG Nik Aziz..biasa la tu..kita sudah faham dengan perangai penyokong serta orang UMNO..apabila hati sudah menjadi hitam teramat sangat sampaikan tiada ruang untuk menerima cahaya..tu pasal diorang kutuk ulama...

Tanpa Nama berkata...

UMNO - BODOH DULU KINI SELAMANYA..

Tanpa Nama berkata...

sedarlah wahai rakyat sekalian...UMNO bkn lagi pembela bangsa dan agama...apa yang dkatakan hanya satu alasan utk perangkap orang melayu...ak percaya ramai rakyat akan tolak UMNO...
kata tok guru nik abdul aziz:
beri duit kita amik,
beri gula kita kacau,
beri kain kita pakai.
pangkah tetap bulan...
wassalam

Tanpa Nama berkata...

Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah. Kalau rajanya tak ikut syariaat nak buat apa taat. Minum arak, solat ikut suka dia. Tak percaya tanya tuan Mufti.