07 Mac 2009

Bantah PPSMI: Penganjur ikut arahan polis

Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok akan diadakan di Masjid Negara sahaja seperti arahan polis.

Polis semalam melarang mereka berarak ke Istana Negara, selain tidak membenarkan peserta perhimpunan itu berkumpul di Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo seperti rancangan asal.

Hanya tujuh pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dibenarkan membawa memorandum kepada pihak Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad bagaimanapun akan cuba berunding dengan polis sekali lagi bagi membenarkan lebih ramai penyokong bersama-sama ke Istana bagi tujuan itu.

"Kalau tidak boleh, apa boleh buat. Polis bukannya keras sangat.

"(Mereka) masih boleh (diajak) berunding," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat akhir gabungan itu di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) petang ini.

Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara A Samad Said, Dr Shahrir Mohd Zain, profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan setiausaha GMP Hasni Abas akan diiringi polis ke istana pada 2 petang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,InsyaALlah saya akan berada ditengah khalayak bersama sama menyokong usaha ini.Tidak ada maana nya hanya anak kita boleh menguasai kedua dua subjek ini dgn "straihgt A' bila majoriti anak bangsa tercicir.Mohon pd semua tak kira PAS atau UMNO.Tak kisah Unit Amal atau PEKIDA.Atas asas yg satu "Bahasa Jiwa Bangsa"Semarak kasih sayang buat semua warga. Nona Ratana Chulaborn.