Barisan Nasional dalam keadaan terdesak dalam menghadapi gelombang maklumat sebenar yang disampaikan oleh akhbar-akhbar alternatif sehingga sanggup menggantung permit 2 akhbar utama kegemaran rakyat pada masa ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit dua akhbar komponen Pakatan Rakyat iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini..
Ketika mengesahkan perkara tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pengurusan kedua-dua organ PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh mengemukakan rayuan.
"Memang benar kami (KDN) telah menggantung lesen kedua-dua akhbar itu (Harakah dan Suara Keadilan) berkuat kuasa hari ini.
"Kami bukan ingin menyekat kebebasan akhbar di negara ini tapi mereka (Harakah dan Suara Keadilan) masih lagi menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan," tuduh beliau dalam satu kenyataan.

Suara Keadilan menerima surat daripada KDN tengah hari tadi manakala Harakah pukul 4.55 petang menerusi faks.
Harakah menerima surat tunjuk sebab 26 Februari lalu dikatakan melanggar tiga perkara iaitu menyiarkan berita dan rencana isu-isu semasa, menjual secara umum kepada bukan ahli dan tidak menyerahkan salinan setiap edisi tepat pada masa yang ditetapkan.
Harakah diterbitkan dua kali seminggu manakala Suara Keadilan pula setiap minggu.
Jelas Syed Hamid, Harakah dan Suara Keadilan telah pun diberikan amaran sebelum ini, namun mereka masih gagal mengikut spesifikasi berita yang sepatutnya.
"Ada berita yang mempertikaikan kedudukan Raja-raja, dan isu-isu disiarkan juga berupa laporan yang tidak tepat dari segi maklumat dan sumbernya... ini yang kita kesal," ujarnya.
Syed Hamid berkata, kedua-dua organ parti itu boleh mengemukakan rayuan.
Kedua-dua akhbar berkenaan dikenakan tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata surat penggantungan telah diterima di ibu pejabat parti tersebut tengah hari tadi.
"Namun tiada sebarang sebab dikemukakan," katanya.
Tegasnya, tindakan tersebut jelas bermotifkan politik.
"Ini satu serangan kepada kami (PKR), nampak sangat mereka (Barisan Nasional) menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menyekat kebebasan akhbar di negara ini.
"Mengapa tindakan menggantung Suara Keadilan dilakukan menjelang pemilihan Umno dan tiga pilihan raya kecil yang akan berlangsung 7 April ini?
"Kenapa tidak dari tahun lalu lagi?" katanya ketika dihubungi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen kawasan Batu berkata, BN takut maklumat tentang kelemahan serta kerapuhan dalam parti itu dipaparkan oleh media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah.
"Jadi mereka ambil jalan mudah dengan menyekat pengedaran akhbar parti pembangkang supaya maklumat ini tidak sampai kepada orang ramai," katanya.
Chua turut mengesahkan parti itu akan membuat rayuan kepada KDN untuk menarik balik larangan yang dikeluarkan ke atas akhbar rasmi parti itu.
"Kita akan buat rayuan dalam masa terdekat, tapi saya tidak dapat putuskan bila. Yang pasti kami akan merayu minta KDN tarik semula larangan ke atas Suara Keadilan," katanya.

11 ulasan:
salam...x payah la cakap bukan nak sekat kebebasan rakyat,tapi sebab akhbar harakah dengan suara keadilan banyak unsur fitnah..kalau gitu berita harian,utusan malaysia pun WAJIB dgantung permit..SEBAB??PADAT DENGAN FITNAH DAN DUSTA...SAYA CABAR ALBAR GANTUNG GAK PERMIT AKHBAR TERSEBUT!!!
'Harakah menerima surat tunjuk sebab 26 Februari lalu dikatakan melanggar tiga perkara iaitu menyiarkan berita dan rencana isu-isu semasa'
- kalau ini alasannya, luluskanlah sahaja permit Harakah sebagai akhbar harian..
nampaknya minda pemimpin negara malaysia hari adalah gred 9...
saya setuju pemimpin negara kita tak de ...
Tak perlu ditangisi sangat dengan penggantungan ini..PAS telah berjuang sejak sebelum merdeka..berbagai cabaran dan rintangan PAS dah tempuh dah..ini benda kecik aje..
bengongnye BN!
saya cadangkan perkasakan IT PAS seluruh negara...
R.A.H.M.A.N memang sudah jelas bahawa Najib pemimpin UMNO terakhir. Tindakan kembali ke era Mahathir itu hanya seperti menggali lubung kubur Najib sendiri.
tak baca surat khabar lah aku lepas ni... harakah adalah akhabar kegegemaran aku... kena gantung la pulak 3 bulan... lamanye... aduh Syed Hamid... kalau berita yg ada dalam harakah tak betui saman je lah... apa susahnya... hairan sungguh aku.... org kalau dah buat salah sememangnya rasa takut... memang berita dalam harakah tu benar2 belaka... tu tak boleh nak saman tu... org tahu belake doh Syed Hamid memang saje je nak sakitkan hati org PAS...
PERTOLONGAN ALLAH LEBIH BESAR LAGI SELEPAS INI..INSYA ALLAH
saya terpanggil mengulas isu gantung 3 bulan KDN khasnya Suara Keadilan. 3-0 yang antara lain makna kata pada tajuk cover page keluaran 174 Sk yang terkini menepati gantung 3 bulan permitnya. ini kerana kehebatan dan karisma ketua pengarang kartunis Zunar mengepalai SK.
ramai yang tidak mengetahui cerita sebenar dalam SK dan telah ramai jadi mangsa Kartunis tersebut dan terbaru Timbalan Presiden PKR terpaksa campurtangan menyelamatkan staff SK yang dibuang dengan zalim oleh 'makna kata itu".
Jadi apabila kembali merenungi dan koreksi diri maka ujian Allahpun sampai kepada khasnya SK dan selama ini mereka sewenangnya memecat dan membuang staff yang berkorban untuk perjuangan keadilan tetapi mudah lupa dan sombong diri bangga dan penakut juga apabila banyak menggunakan nama samaran aje seperti ZUNAR nama sebenarnya zulkifli anuar ul haq - macam mamak bunyinya.
maka pakat-pakat ingat dalam keadilan anwar ibrahim mesti prihatin bukan sahaja luar tetapi dalam keadilan itu sendiri mesti juga bersifat adil dan menepati perjuangan sebenar.
adapun SK hendak terbit jugak itu tak ada masalah kerana sebelum dapat permit pun SK memang haram disisi KDN cuma hanya baru-baru ini je dapat permit.
ketua umum presiden timbalan presiden setiausaha agung kena sensitif dari titik bengik sehingga yang besar2.
jangan ada budaya boddek cucuk dan lain2...
Catat Ulasan