24 Mac 2009

Norza lucut hak tanding MT

KUALA LUMPUR:: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Norza Zakaria hari ini dilucutkan hak daripada bertanding mempertahankan jawatan itu Khamis ini.

Perkara itu diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Umno hari ini yang melarang Norza daripada bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Majistret Temerloh, atas dua tuduhan bagi memenangi jawatan pada pemilihan UMNO peringkat pusat.

Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Mohamad Norza boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, mana-mana lebih tinggi.

Norza mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.Mstar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nasib ko lah labu... aku bilang jangan2 ko nak bagi jugak... sekarang kita lihat siapa yg kene? egko jugak labu... tp yg bestnya abg khairil kita... apa ilmu dia pakai...??? kesian2 pencuri tangkap pencuri... tangkap lah lg...