08 Mac 2009

Susulan sidang bawah pokok, Nizar mohon menghadap Sultan Perak

YAB. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon perkenan untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tergempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Nga Kor Ming, dokumen berkaitan ketiga-tiga resolusi berkenaan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Sultan Perak.

Kata beliau, pihaknya juga telah mengemukakan notis bagi tujuan tersebut.

Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik ,Mohd Misbahul Munir Masduki mengantikan Setiusaha Dewan yang digantung tugas,Abdullah Antong Sabri dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di persimpangan jalan itu dipagari oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat manakala lebih 500 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.Mstar.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga Sultan Azlan Shah memberi perkenan perkenan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tergempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu.

Tanpa Nama berkata...

itulah jalan terbaik(bubar dun)& inilah yg ditunggu oleh rakyat perak.kembalikan kuasa & hak rakyat,masanya selesai umno besidang!

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah tu...tunggu je lah keputusan mahkamah....
Apa nak takut.....Allah akan tolong kalau betul....Tawakkal ajelah....
Lainlah kalau u all di pihak yang salah.....Buat macam mana pun kalau dah tak berkat...tak akan dapat...
Kita sama2 tunggu....Allah akan tunjukkan kan...

Tanpa Nama berkata...

Bila tu YB????

Tanpa Nama berkata...

Sape sultan x mau jumpa? sape gila? Kalu sultan x mau jumpa nizar memang sah sultan org umno...maka dewan x bubar dan smua keputusan persidngan Dun x dilayan.Maka dari itu kita smua rakyat perak marilah sama2 berdoa dan mengutuk pendurjana2 kerana kita telah dizalimi.

Tanpa Nama berkata...

Kita hrp sultan adil kali ni...tp kalau sultan x terima mengadap nizar,terpulang pd rakyat Perak nk anggap apa2 pun pd sultan sbb rakyat tetap rakyat tp sultan bertakhta kerana rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun berharap sangat dun perak di bubarkan dan buat pilihanraya lagi sekali dan apa juga keputusan rakyat perak akan terima.klu PAKATAN RAKYAT kalah BN perentah dan klu BN kalah PAKATAN RAKYAT perentah itu aja senang dan mudah.

Tanpa Nama berkata...

aku nak tanya sapa yang salah sapa yang benar tu???bg orang umno apa yang di buat oleh pemimpin depa semuanya betol tak ada yang salah.dulu umno menderhaka ubah perlembagaan lucut kekebalan raja-raja sekarang nyorok dan gunakan pulak raja-raja itu betol ke wahai saudaraku orang-orang umno?.........

Tanpa Nama berkata...

umno sedarlah mu dah expired

Tanpa Nama berkata...

Drs.Khabar nya Sultan ke US.Dah balik ke?Nona Ratana Chulaborn