08 Mac 2009

Beramallah Sebelum Terlambat.

Seorang yang meninggal dunia di zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan mengucapkan beberapa kalimah yang sahabat lain tidak dapat mememahaminya. Lalu ditanya kepada Rasulullah apakah maksud kakt-kata sahabat yang tidak difahami itu

Katanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir " alangkah baiknya jika baru, alangkah baik jika banyak , alangkah baik jika lengkap.

Rasulullah berkata, maksud alangkah baik jika baru ialah gambaran pahala yang digambarkan oleh Allah SWT dari melakukan amal dengan menderma sehelai baju yang lama kepada seorang dalam kesejukan berganda-ganda, lalu dia ucapkan alangkah baiknya kalau baru dengan maksud lebih baik pada masa itu dia dermakan pakaian yang baru, bukannya bekas pakai

Alangkah baik jika banyak dengan maksud betapa dia pernah menolong seorang buta dengan memimpin tangannya, itupun pahalanya begitu banyak sekali, lalu dia ucapkan begitu dengan maksud alangkah baiknya lebih banyak dia tolong orang buta

Sahabat tersebut juga kata Rasulullah pernah didatangi seorang dalam keadaan kelaparan, sedangkan ditangannya sepotong roti, lalu dia bahagikan dua, separuh untuknya dan separuh didermakan kepada orang miskin. Itupun dengan gambaran pahala yang begitu banyak dia ucapkan alangkah baiknya dia bagi semua roti itu

Demikianlah amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah telah diberikan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Oleh itu beramallah sebanyak mungkin dan jangan lupa ikhlaskan niat anda supaya ianya tidak sia-sia dan memperolehi ganjaran yang setimpal dengannya. Beramallah sebelum terlambat.......

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

islam itu syumul, sarwajagat meliputi seluruh aspek kehidupan...hatta nok kencing berak skalipun islam ajar.....apatah lagi soal pentadbiran hidup diri,keluarga,masyarakat,negeri, negara mahupun dunia.....sapa yg kata islam terpisah dari politik.....dan politik tidak kene mengena dgn islam sah goyang aqidahnya...senang citer MURTAD!!!!!!! lu pikir la sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Byk kisah2 dan pengajaran yg Allah ceritakan dlm Quran tp umat hari ni tidak ambil kesah...buat sesukahati,zalim,maka tunggulah bala Allah akan tiba...sambil tgk tv,duduk sj2,tgh bawak kete ke..kita bertasbih,berzikir.

Tanpa Nama berkata...

Kuasa itu penting kerana tanpa kuasa kite tak dapat nak melaksanakan undang2 Islam. Contohnya kita tak menguasai parlimen kite tak boleh nak menegakkan hudud. Ada paham ke tanpa nama 17:42.