08 Mac 2009

Mursyidul AM PAS dan Presiden PAS lancarkan gerak kerja Pilihanraya Bukit Gantang,esok

Pelancaran gerakkerja Pilihanraya P.059 Bukit Gantang akan dilancarkan oleh YAB.Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS dan YB. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pada 8 Mac 2009 jam 9.00 malam di Simpang, Taiping. Turut berucap pada malam itu ialah YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin.

Program ini dijangka akan menghimpunkan seluruh penyokong dan petugas-petugas Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Mereka akan mendengar ucapan dan amanat penting dari pucuk pimpinan parti tertinggi selain mendengar ulasan dan kupasan isu-isu semasa di Perak itu sendiri.

Pada sebelah petangnya YAB Mursyidul AM akan melancarkan dan merasmikan Bilik Gerakan Pilihanraya Kelantan di Kuala Sepetang. Kelantan dijangka akan menghantar petugas-petugas sepenuh masa bagi membantu Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar lagi.

Dengan pelancaran ini, akan bermulalah gerakkerja pilihanraya Parlimen Bukit Gantang. Selepas ini Bukit Gantang yang mempunyai tiga DUN dan 38 daerah mengundi akan didatangi oleh beribu-ribu petugas Pakatan Rakyat dari seluruh negara. Pilihanraya kali ini menjadikan Bukit Gantang sebagai ukuran pengaruh yang sebenar kepada PR dan BN.
http://misabah.blogspot.com

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbar!!!

Tanpa Nama berkata...

teman terbaca ulasan Lun Pak Leman dalam sorak khabor STAR tadi, nama sebenornya Kamarullail yang menjadi calon pilihan Bn di Bukit gantang. Usah mike perasan mike anak tempatan Bukit Gantang. Jangan jadi orang yang tidak bercakap benor. Mike anak jati kampung lalang, padang rengas. Kalo nak berjuang kenape tak di tempat sendiri. Orang kampung semua tahu pase mike. Keme kesian pada mike yang pande melalak di tempat lain. kat kampung 'hidung tinggi'. Ingat jangan mudah lupe. Gerakan Islam di Madrasah Al Diniah kampung Lalang. dan perjuangan Sheikh Joned tak ngajor anak-anak kampung kita memperjuangkan selain daripada Islam. Teman tahu sangat ilmu yang ada pada mike. InsyaAllah PAS akan berjaya di BG.Walaupun mike dianggap tak cacat pada penglihatan UMNO. Ingat selagi di bawah UMNO. Orang kampung tak hormat mike.Kubur belakang rumah mike aje.

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA PAS BEROLEH KEMENANGAN D BKIT GANTANG..SAMA2 KITA BERDOA...TAKBIIR!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,

ada sesiapa yg boleh beritahu alamat tapak program ni?? kalau boleh arah jalan sekali, insyaAllah kami dari KL nak ikut serta.

Mohon pertolongan sahabat semua

Jazakumullahu khair.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Di iring doa siang dan malam.InsyaALlah menang hendak nya di Bkt. Gantang.Selamat berjihad dimedan juang. Semarak salam jua. Nona Ratana Chulabon.

Tanpa Nama berkata...

kami penyokong Pas dan PKR besut mendoakan agar Pakatan Rakyat beroleh kemenangan besar di Bukit Gantang...InsyaAllah...

Unknown berkata...

akum,sediaraja.Untuk makluman saudara senang sahaja Guna lebuhraya utara selatan keutara,keluar ikut susurkeluar changkat jering,taiping lepas bayar tol ikut kiri, tuan akan jumpa bendera kita akan tunjuk arah ,jangan risau deretan kereta bermula lepas tol c.jering....

Unknown berkata...

salam,sediaraja,
ikut saja hway utara selatan,ikut susur keluar changkat jering,lepas bayar tol ikuk kiri saja disitu saudara akan jumpa penunjuk arah,utk makluman sdra lepas tol saja deretan kereta mula Q......

KITAS berkata...

SIMPANG KAT MANA I PUN NAK JOIN..ADD KAT MANA, SIMPANG ITU BESAR...