07 April 2009

Mahathir akan ditelan gelombang amarah rakyat

Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 6 April :- Walaupun kemunculan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Umno di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia tidak sedikitpun mampu menyekat gelombang kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamil Ayub berpendapat dalam usaha meraih sokongan pengundi terutama golongan luar bandar, BN akan mengetengahkan Mahathir sebagai tokoh yang masih diingati oleh rakyat.

"Kehadirannya tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terutama PAS sebagai calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi terdapat di kalangan pengundi yang sebelum ini merupakan ahli BN kini telah beralih kepada PAS dan KeADILan.

"Rakyat mula melihat kesan di sebalik pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan sebelum ini. Perubahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu tidak dapat dibendung walaupun terdapat cubaan untuk mengetengahkan Mahathir berkempen di Bukit Gantang," katanya sewaktu dihubungi.

Dalam pada itu, Mustaffa Kamil menegaskan, berdasarkan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini iaitu pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian.

"Walaupun Mahathir memainkan peranan di sebalik Najib, saya yakin kecerdikan rakyat Malaysia terhadap politik yang bersih daripada rasuah merupakan satu gelombang yang telah terbina hari ini.

"Sebab itu kita lihat pada poster-poster BN tertulis 'kami mohon restu rakyat'. Ini menunjukkan sebenarnya mereka mulai akur dengan mood yang ditunjukkan rakyat hari ini,"katanya.

Sehubungan itu katanya, sekiranya terdapat cubaan Najib untuk mengetengahkan Mahathir bagi menarik sokongan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa kesan yang signifikan terhadap rakyat.

Anggota Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir menyatakan bekas Presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA sebelum pemilih mengundi hari ini.

Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN. Harakahdaily.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguih laa senang nak kasi tumbang pokok reput..dulu yang mulakan mereput pun dia juga now dia nak jadi hero pula hahahaha kasik bukak la kenapa orang tolak dia dulu,, lagi orang menyampah pun adaa..pegi mesjid je la banyak2 taubat

abdrahim kassim berkata...

Lagi banyak orang yang macam Mahathir, Ibrahim Ali masuk UMNO, lagi bagus. Lagi cepat UMNO ruyup.

Rakyat tak lupa sipa Mahathir sebenarnya.

D'Rimba berkata...

Hairankan sedangkan orang itulah yang menidakkan kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara dan menggantikannya kepada bahasa Inggeris secara tak langsung menyerap nilai-nilai barat itu sendiri, masih kurang sedar rakyat seluruhnya........

Tanpa Nama berkata...

Mahathir seorang pemimpin yang mengutamakan diri sendiri dan bukannya negara.Beliau memilih Badawi dan apabila Badawi tidak ikut kehendak dia, dia merencanakan skim hingga menjatuhkan beliau. Umum mengetahui ajenda Mahathir adalah untuk kepentingannya khususnya menaikkan anaknya Mukhriz yang kalah kepada Khairi Jamaluddin. Beliau ini yang di gelar chedet alias apanama bukan seorang negarawan seperti allahyarham Tunku Abdul Rahman yang hingga ke saat akhirnya aktif untuk menyatupadukan rakyat malaysia. Tunku seorang tokoh yang boleh digelar negarawan yang tiada penggantinya. Mahathir seorang 'fake'seorang insan tidak jujur. Beliau akan memperkatakan sesuatu dan dengan sekelip mata akan bertukar dan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Isu derhaka. Beliau telah menghasut orang melayu untuk jangan takut dengan sultan tapi dalam satu temuramah dalam TV3 suku menyatakan melayu zaman ini moden boleh buat apa tapi zaman saya, zaman dialah akan hormat kepada sultan. Wahai Mahatia hang lupa kah peristiwa 1993 dimana hang dan gerombolan UMNO dan Utusan belasah raja-raja melayu hingga mencabut imunit mereka. Lua kah hang. Sudahlah orang tua nyanyok. biarlah pemimpin hari ini memikirkan cara terbaik memerintah negara. Dulu masa hendak letak jawatan kata ta mahu campuri urusan negara tapi apa jadi. Semua orang sudah tahu cuma macam hang kata dulu lah melayu mudah lupa. Harap melayu Bukit Gantang, Selambau tidak mudah untuk lupa.