07 April 2009

Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang.

BUKIT GANTANG, 6 April - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.

Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno.

Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang.

Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut.

"Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen di Simpang, Changkat Jering berkata, pemberian wang dan sebagainya daripada Umno-BN itu sudah menjadi amalan biasa parti itu.

Beliau menegaskan, setiap kali pilihan raya sama ada kecil atau pilihan raya umum Umno-BN cuba kelabukan mata rakyat dengan memberi berbagai-bagai bantuan.
Menurut beliau, pengundi Bukit Gantang tidak perlu takut untuk turun mengundi pada hari Selasa, 7 April nanti.

"Pengundi perlu fikir panjang jangan kerana wang RM400 dan sebuah basikal kita sudah menggadaikan prinsip generasi masa hadapan," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh pengundi supaya jangan takut untuk memberi kepercayaan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri Perak.

"Kita akan berkhidmat dengan lebih baik kerana BN yang telah memerintah selama 51 tahun rakyat di Perak masih lagi ketinggalan untuk menikmati pembangunan," jelas beliau.
Ini dibuktikan tambah beliau, penduduk di Pekan Terong masih ramai yang dhaif kerana selama ini Umno-BN hanya pandai membuat janji ketika kempen pilihan raya tetapi tidak pandai menepati janji.

Bagi petugas PAS beliau berharap supaya dapat terus istiqamah dan sabar menempuh segala provokasi daripada Umno-BN dalam tempoh akhir ini sebelum menjelang hari mengundi.

Beliau berkata melalui sumber mengatakan petugas Umno-BN akan menjatuhkan semua bendera PAS untuk menimbulkan kemarahan kepada penyokong-penyokong PAS.
Katanya, Umno-BN boleh melakukan apa sahaja dan akan menunding jari kepada PAS atau kesalahan tersebut.

Sehubungan itu beliau berharap petugas PAS dapat bersabar dan membanyakkan doa kepada Allah disamping menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat.Ajijoi.

7 ulasan:

Malaysian-2Day berkata...

YA ALLAH! bawak mengucap saudara! Jangan menabur fitnah! Cina mana yang cakap dia dapat RM100 tu? Tolong bawak dia ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan segera! Jangan buang masa lagi! Cepat laporkan! Jika tidak ada bukti, tolonglah jgn saudara CINA ISLAM menabur fitnah! ISLAM apa yg saudara anuti yang membenarkan fitnah?

Tanpa Nama berkata...

Kalau MTB hantar mai ke Bukit Selambau
kita nak layan BUKIT-BUKIT di sini. . . . .

Tanpa Nama berkata...

Malaysia2day,

Fitnah kepala hotak hang! Baru beberapa minit lalu dalam Astro Awani seorang YB wanita, UMNO dengan bangganya menjawab ketika ditanya wartawan apa yang sedang dilakukannya sekarang memandangkan masa berkempen hanya tinggal 2 jam lagi. Dengan bangganya si YB BN ni menjawab, "Oh...saya sekarang sedang sibuk membahagikan basikal dan wang RM400 kepada penduduk sebagai menunjukkan keperihatinan kami terhadap kesulitan penduduk..!" Dah mengaku terang-terang..fitnah tahik kucing apa? Tahu penyakit orang UMNO? Mereka ni dah terlalu jauh dari kebenaran sehinggakan memberi rasuah itu tiada apa-apa bagi mereka. Ini agama Islam jenis apa yang mereka anuti ini?

Muhammad berkata...

Dipersilakan untuk melayari laman Blog
http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Dan Lihat Kejutan Di Dalamnya

Tanpa Nama berkata...

Malaysian-2Day ni org upahan umno gak..cybertropps umno..cuma yg cerdek sket..nk masuk jarum cara halus lah ni..kt yb kita sebar fitnah...huhuhu...

sudah2 ler saudara...guna kepala otak utk fikir..bukan kepala lutut

Malaysian-2Day berkata...

kalau bagi terang terang macam itu rasuah? kamu semua bijak pandai soul called blogger upahan PR ni paham ke maksud rasuah? Menolong dgn rasuah pun tak reti guna kepala hotak kamu semua? sian betul aku tgk korang nih. Kalau PAS buat majlis makan untuk rakyat, kira rasuah? aku bodoh ke kamu semua yang BODOH?

Tanpa Nama berkata...

2 perkara yang berbeza..
suapan sebelum pilihan raye yang ade motif dan suapan selepas pilihan rase yang ikhlas kerana terima kasih..

suap.. tapi makna yang berbeza..

p/s: malaysian 2day, komen awal saudara berimejkan islam tetapi komen kedua saudara seolah seperti orang yang hilang akal.. yg mana satu yang benar peribadi saudara? adakah syaitan bertopengkan manusia atau manusia berpegang pada islam?