24 April 2009

Mahathir atau Najib PM?

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -"Seolah-olah macam dia Perdana Menteri pula sekarang ini."

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Harakahdaily dalam satu wawancara semalam.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Saya melihat unsur mempengaruhi itu ada dalam kabinet Najib ini.Mutakhir ini saya tengok makin banyak kelibat Tun Mahathir di atas pentas.

"Dia juga buat kenyataan dalam akhbar, hadir dalam program-program besar kerajaan dan mendapat liputan yang agak menyerlah di dalam media.Seolah-olah macam dia (Mahathir) pula PM sekarang ini,"jelasnya.

Dalam pada itu, Nasharuddin dalam mengulas mengenai kabinet 'Mesra Rakyat' yang dibentuk Najib menjelaskan, memang wujud pertikaian terhadap anggota kabinet yang dilantik.

"Berkenaan kabinet mesra rakyat,bagi saya ada lagi yang boleh dipertikaikan terutamanya pelantikan mereka yang telah ditolak oleh rakyat, dalam kabinet hari ini mereka bukan sahaja ditolak oleh parti tetapi rakyat.

"Tanpa saya menyebut nama sesiapa pun menteri atau timbalan menteri, kita semua sudah mengenai hal tersebut.Ada di kalangan menteri atau timbalan menteri yang dilantik itu yang menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat,"jelasnya lagi.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perubahan yang mahu atau cuba dibuat oleh Najib dalam peringkat awal pemerintahannya.

"Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk dinilai sama ada positif atau sebaliknya perubahan yang cuba diusahakan Najib,"tegasnya. Harakahdaily.

2 ulasan:

Awanama berkata...

mahathir sudah tidak sesuai buat bangsa melayu dan bangsa malaysia hari ini. malah nada bicaranya, buah fikirannya lebih menjadi kucar kacirkan masyarakat malaysia, mengganggu gugat kelancaran pentadbiran negara.

yang nyata mahathir sering memperbodohkan bangsanya sendiri. bodohlah rakyat malaysia sekira membiarkan mahathir terus dengan wacana jahatnya.

Awanama berkata...

hei, hei, hei! jangan ulas , jgn sebut itu mahadei kuttier ha! Najib marah tau, sebab dia yg rekmen najib kasi jadi PM. Itu melayu culup aa, bapa segala bapa tau di negara serba boleh ni. Itu mamak aa, dia satu orang saja banyak pandei ini dalam negeri punya. ane tengok aa, itu musa hitam dia kasi lari malan saja, itu tengku razali juga dia hayun, itu gafar dia main kepala saja, itu anwar ayo yo tak payah sebutlahhh, hampir mati oo, . Tunku Laman masa mati pun tak mau tengok itu mamak tau, alejik, So so son ane jagaa mulut aaa, nanti lokap masuk . he he sorry aa. Mau ISA ka atau mau potong ka? he he. ini malaysia punya leader aaa, gila banyak juga,