24 April 2009

Terengganu : Idris kuasai DUN, Ahmad kuasai parti.

KUALA TERENGGANU, 22 April : Selepas kem Idris Jusoh mendakwa dapat sokongan majoriti anggota Dun Terengganu, kem Menteri Besar Datuk Ahmad Said pula mendakwa mendapat sokongan tujuh dari lapan bahagian Umno dalam negeri Terengganu.

Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan dalam wawancara dengan Siasah berkata, pihaknya mendapat sokongan majoriti pemimpin Umno di Terengganu

Bagi Rosli, adalah silap Kelab Penyokong Kerajaan yang diketuai Datuk Rosol Wahid membuat 'road show' mengenai isu ini kerana ia seolah-olah mendedahkan pertikaian dalam parti secara terbuka.

Beliau juga berkata, Ahamd Said dilantik oleh Tuanku Sultan Terengganu atas cadangan Perdana Menteri dan adalah tidak wajar pemimpin Umno lain membuat kacau sehingga boleh ditafsirkan menderhaka kepada raja. siasahdaily.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Drs,Drpd mereka (ADUN2 UMNO) dok riuh rendah nak berebut post MB sesama sendiri lebih baik turun kawasan jengok keperluan rakyat.Kerajaan Trengganu tak aib ke pendedahan seorg rakyat Trengganu dr Besut yg belajar kat IPT sampai tak makan ikat perut menanti duit dr PPTN spt disiarkan di Utusan Malaysia..Wang ehsan yg byk dikhabari infak kemana?Musykil sungguh musykil. Nona Ratana Chulaborn.

ambo berkata...

utusan malaysia? dari 10 berita/cerita/laporan utusan, 16 darinya ambo x percaya. kadang2 laporan suratkabo ni 137% xleh percaya, banyak plawok dari benarnya....

Awanama berkata...

apa peranan pas, tengok saja ke? Gunalah peluang ini. Tunjukkan kita ni hero

fikrah islamiah berkata...

Biarkan mereka bergaduh, nanti boleh dilihat adakah mereka juga akan menjadi penderhaka kepada Sultan. Orang PR jangan kacau mereka, tetapi cuba ambil peluang tunjukkan kehebatan parti kepada seluruh rakyat terengganu. mereka boleh banding dan kalau ada peluang akan datang boleh dapat negera pula.