21 April 2009

Saintis berusia 100 tahun tetap gigih.

ROM, 19 April - Pemenang anugerah Hadiah Nobel, saintis Rita Levi Montalcini berkata, walaupun usianya 100 tahun tetapi mindanya kini lebih tajam berbanding ketika berumur 20 tahun.

Levi Montalcini yang turut berkhidmat sebagai senator seumur hidup di Itali meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 Rabu lalu, dan beliau berucap sempena majlis penghormatan terhadapnya oleh Institut Penyelidikan Otak Eropah, semalam.

Beliau berkongsi hadiah Nobel perubatan 1986 dengan rakyat Amerika Syarikat, Stanley Cohen kerana menemui mekanisme mengawal pertumbuhan sel dan organ.

"Dalam usia 100 tahun ini, saya memiliki minda yang hebat berbanding ketika saya berumur 20 tahun, terima kasih kepada pengalaman," katanya pada majlis tersebut.

Dilahirkan di Turin, Levi Montalcini mengenang semula bagaimana undang-undang anti-Yahudi pada 1930-an di bawah pemerintahan rejim Benito Mussolini Fascist memaksanya keluar daripada universiti dan membuat penyelidikan di makmal dalam bilik tidurnya di rumah.

"Saya tidak takut saat-saat sukar itu, semua yang terbaik datang daripada mereka.

"Saya patut berterima kasih kepada Mussolini kerana mengisytiharkan saya sebagai bangsa yang rendah. Ini mendorong saya kepada kerja yang menggembirakan, tetapi malangnya bukan di universiti tetapi di dalam bilik tidur," ujar saintis itu. - AP/Sirajuddin Abbas

6 ulasan:

hafizdnsh berkata...

is she jewish?

hafizdnsh berkata...

Is she jewish?

Sulaiman berkata...

Confirm Jewish. Refer Wikipedia.

nick chan abdullah berkata...

jewish so what?

Tanpa Nama berkata...

x perlulah anda hairan. memang di akui yahudi mempunyai otak yg pintar.

Jebat Musibat berkata...

Contohi mereka, jangan contohi kebanyakkan orang kita (baca:melayu) :
"Masuk umur 30, dah tak masuk dah otak nih apa2 pun".

See that?