03 April 2009

Yang di-Pertuan Agong perkenan Najib sebagai Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri keenam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara 10 pagi esok.

Pagi tadi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Okt 2003.Mstar.

7 ulasan:

Budak Hingusan berkata...

Tahniah Penjenayah !!

mat_terab berkata...

BETUI KA NI USTAZ....?
DALAM SUARA KEADILAN ONLINE KATA BATAL.....?
TAPI KENAPA PIHAK ISTANA TAK BUAT STATMENT...?
NAJIB PUN TAK BUAT KENYATAAN....?

PeneranganDPPNS berkata...

salam ukhuwah
kenapa agaknya mereka berdua tak berkepit bersama jumpa dengan Tuanku Sultan Mizan??? Kenapa mesti gilir-gilir.

Basuh Baju berkata...

selamatkanlah negara ini...

risau dapat najib. takut kembali ke era kuku besi..aish..

daLyaanoon berkata...

EarTH Hour2 esok...
Manfaatkan sejam untuk menginsafi nasib selepas ini...
1000-1100

Shaharuddin Othman. berkata...

Betui ke Tuan KSN ni.Tgok jib keluaq dr istana masam je.Ke nak sedapkan cerita je kot

Tanpa Nama berkata...

Maka bermulalah episod sedih negara bernama Malaysia...