25 Mei 2009

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah

PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.

Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.

Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengurus pilihanraya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti. Malaysiakini.

3 ulasan:

Polis cabuk berkata...

Umno sponsor dia bertanding kut.

Kapak Batu berkata...

Budak sekolah rendah pun tahu yang PKR akan menang ..98% confirm menang ..sebab itu kubu kuat Anwar ...


Habis tu nak rasuah Aminah RM80 ribu buat apa ?? nak kasi habis duit Anwar ke ??

Aminah kata , kalau dia menang ..dia akan jadi TIMBALAN KM 1 ...
Aminah ni ada blaja sekolah tak ??

Takkan depa nak lantik parti bebas untuk jadi rakan kongsi depa ?

Musafir comot berkata...

keluar umno masuk pkr...
keluar pkr jd bebas???
apa ada jd bebas.. x masyukkkk ler..
tok sah ler wat lawak bodoh..
ngaku je ler dah join umno semula..
umno tu kn parti hebat.. power.. sepatutnya
bangga ngaku dh kembali ke lubuk asal.......
lubuk emas..