03 Jun 2009

KISAH PENGAMPU TERLEBIH AMPU DI UTUSAN

OLEH: WFAUZDIN NS

UTUSAN Malaysia baru-baru ini telah dikritik oleh Zaid Ibrahim bekas Menteri yang juga bekas pemimpin Umno. Ini adalah kerana sebuah artikel yang bertajuk`Melayu Di khianati' yang ditulis oleh Awang Selamat. Di dalam tulisan tersebut dinyatakan bahawa kaum bukan Melayu telah membuat tuntutan yang melampau batas. Maka, artikel yang disiarkan oleh akhbar tersebut telah menjadi sasaran kecaman ramai pihak termasuk oleh Zaid Ibrahim. Siapa tidak kenal Awang Selamat? Sesiapa pun yang menjadi PM negara ini semuanya akan dipuji dan dipuja oleh Awang Selamat.

Tetapi kali ini Awang Selamat tidak begitu selamat. Tulisan beliau di dalam akhbar yang semakin mundur ke belakang itu ditegur pula oleh orang nombor dua dalam kerajaan. TPM Muhyidin Yasin kelihatan amat tidak senang dengan tulisan si Awang tersebut (Baca http://www.malaysiakini.com/news/105679 ). Mungkin nawaitu si Awang ini adalah untuk `mengipas' orang-orang di atas, tetapi mungkin terlalu laju kipasannya maka kipas terkena batang hidung orang yang ingin dikipasnya. Saya tidak faham mengapa orang seperti Awang ini yang sudah terlalu lama berada di dalam akhbar arus perdana seperti itu masih tidak memahami situasi politik di negara ini. Isu perkauman sebenarnya sudah lama tidak mendapat tempat di hati rakyat kecuali kepada beberapa NGO yang juga satu kumpulan `kaki kipas' seperti Awang juga. Maudhu' yang ingin dibawa oleh Si Awang ini nampaknya telah basi malah berulat dan tidak lagi mendatangkan selera untuk sesiapa pun membacanya. Bahkan, TPM sendiri pun mungkin nak termuntah membacanya.

Semua parti di dalam negara kita sekarang sudah tidak bermain dengan isu perkauman lagi termasuk Umno yang terlalu kuat kemelayuannya sekarang pun mula memperkenalkan konsep `Satu Malaysia'. Tahukah Awang apa yang Najib hendak bawa di dalam konsep tersebut? Jika Awang tidak tahu, lebih baik undur diri dari berkhidmat di akhbar Utusan Malaysia kerana akhbar tersebut merupakan `lidah' buat Umno. Saya merasa bangga kerana akhirnya pemimpin Umno mulai merestu pendekatan yang diperkenalkan oleh DS Anwar serta PR yang tidak lagi memuliakan atau mengagung-agungkan mana-mana kaum sehinggakan memijak kaum yang lain. Rakyat Malaysia sudah terlalu lama bermain dengan isu perkauman dan kini adalah masanya untuk membangun bersama tidak kira mana-mana kaum sekali pun. Ini lah yang ingin dibawa oleh PR dan inilah juga yang cuba ditiru oleh Najib sekarang.

Sayang seribu kali sayang, usaha Umno sudah terlambat kerana rakyat terlebih dahulu mendapat laba dari usaha PR. Rakyat kini telah menilai pihak manakah yang sebenarnya ikhlas berjuang untuk semua kaum dan pihak manakah yang hanya cuba `copyright' dari dasar PR ini. Apabila Umno/Bn sekarang sedang bersusah payah untuk mengembalikan sokongan dari kaum-kaum bukan Melayu kepada Umno/Bn, tiba-tiba si Awang ini bercerita tentang perkauman lagi. Apa yang melampaunya tuntutan bukan Melayu seperti yang dimaksudkan oleh si Awang ini ? Hak bersuara ? Demokrasi ? Pendidikan atau Ugama ? Apa yang mereka mahu yang menyebabkan si Awang jadi tidak keruan?

Saya ingin menasihatkan Awang, jika ingin mengampu sekalipun jangan terlebih ampu. Jika mahu `jack' kereta pun janganlah sampai kereta jadi terbalik pula, nanti menimpa diri sendiri. Cukuplah buat Awang karang tulisan untuk menghentam DS Anwar, Tuan Guru Nik Aziz ataupun Husam Musa kerana tulisan seperti itu mungkin menyelerakan pimpinan Umno untuk membacanya kerana rakyat tidak lagi berselera dengan Utusan Malaysia. Awang pun tahu sekarang bagaimana prestasi pengeluaran akhbar tesebut sejak setahun kebelakangan ini.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM (Email 3 Jun 2009)

8 ulasan:

ali.a.s berkata...

awang selamat n senyum kambing sama saja.ruangan yg.meloya.

abg.rado berkata...

jualan utusan merudumm..dh x laku..terpaksa diiberi percuma di skolah2 dan ipt

mosabit berkata...

kalau di dalam awang memang 'selamat'...tapi di luar awang ni lebih suka jadi kambing....dan dalam utusan meloya cuma ada 2 saja maklumat yang tepat..betul..dan benar. Apa dia?..ha.. yg pertama tarikh....yg kedua keputusan nombor ekor dan toto .....

ilham ilani berkata...

kematiaan adalah suatu kepastian...
tindakan berlandaskan keimanan adalah suatu kewajipan kerana...
kematian adalah suatu penentuan..
jalan akhirat adalh jalan kehidupan ABADI...

masuksuku berkata...

salam untuk semua.
ketahuilah ini semua sebenarnya adalah politik semata mata..gimik saja..satu orang tulis..then satu orang kerajaan lagi hentam dan marah kononnya..biasa le..macam awang selamat dgn kambingnya..kambing tu nampak alim..berbaju cantik..ada janggut lagi macam alim..tapi TELUR di dedahkan untuk tatapan orang..awang selamat pun cam tu le...dedahkan kemaluan dan kebodohan ..jangan percaya le semua tu..isu perkauman sememangnya dimainkan oleh orang tertentu dari dulu,kini dan selamanya..dah tu modal lain takda..ulang saja le apa nak risau sebab pendokong dan penyokong dah buta mata dan hati tetap menyanjung tinggi apa pun yang dikatakan..alahai umno..

Awanama berkata...

awang kepala botak ka tu...kasian yeloo.

Awanama berkata...

awang................kasian awang.............

ubatkuat berkata...

dari dulu kini dan selamanya,,media pengampu bn telah berjaya memporak perandakan malaysia,,patut nya pencacai setia si AWANG SELAMAT ni orang paling layak di ISA kan,,,ape komen anda