03 Jun 2009

Bumbung stadium runtuh, Pemuda PAS desak SPRM siasat

KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Dewan Pemuda PAS Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato' Ahmad Said memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang berlaku pagi tadi .

Timbalan Ketuanya, Ustaz Wan Sukairi Abdullah dalam kenyataan awal kepada Harakahdaily melahirkan rasa terkejutnya di atas kejadian yang amat memalukan itu. Ia malah dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan stadium bernilai lebih RM200 juta itu baru sahaja siap dibina lebih setahun lalu dan dikatakan masih dalam jaminan pihak kontraktor.

Stadium yang merupakan komponen utama Kompleks Sukan Negeri Terengganu itu baru siap dibina lebih setahun lalu. Ia pertama kali digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

Seluruh struktur bumbung yang memayungi tempat duduk utama di stadium itu dilaporkan runtuh. Kejadian itu disedari berlaku pagi Selasa, tanpa sebarang faktor semula jadi seperti ribut atau angin kencang.

"Fakta itu (ketiadaan ribut atau angin kencang) menyebabkan kita mengesyaki ia berpunca daripada kecuaian manusia. Apatah lagi sebelum ini pun sudah beberapa kes keruntuhan bangunan yang baru siap telah berlaku di negeri ini," kata Wan Sukairi.

Beliau dipercayai merujuk kepada beberapa kes serupa yang dilaporkan berlaku sebelum ini. Ia termasuklah dua kejadian berasingan melibatkan keruntuhan bumbung dewan besar sebuah sekolah menengah dan siling dalam kelas di sebuah sekolah di Marang.

Turut dilaporkan juga sebelum ini, beberapa struktur dalaman Bazar Warisan di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu yang baru siap tidak sampai setahun turut rosak dan runtuh.

Sehubungan itu, Wan Sukairi tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan, sehingga menyebabkan keruntuhan bumbungnya itu.

"Bagi mana-mana projek sebesar itu (pembinaan stadium), setiap 'progress' mesti diperiksa dan disahkan lulus oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau semuanya dibina mengikut spesifikasi, mana mungkin ianya runtuh?," soalnya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka kertas siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian, terutama sebarang kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan sepanjang pembinaan stadium tersebut.

Menurut Wan Sukairi, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

(Harakahdaily)

6 ulasan:

alamalikut berkata...

Aduhhhh weii....tok selamat doh nak gi jalen-jalen kat mano mano bangune diGanu.. runtuh sukmo... berat nanam sungguh UMNO ganu nih...

musafirlalu berkata...

Adalah amat malang bagi rakyat Terengganu diatas kejadian yang amat memalukan.Ini kerana duit yang digunakan adalah duit rakyat Terengganu melalui royalti minyak yang ditukar kepada wang ehsan.

Sebagai anak Terengganu,saya amat terkilan kerana runtuhnya Stadium Sultan Mizan.Disini saya mengharapkan SPRM dapat membuka kertas siasatan dengan segera.Jangan jadikan ia satu siasatan sulit.Jangan jadikan ia siasatan terpilih kerana banyak pihak yang terlibat dalam pembinaan Stadium tersebut.Seperti Idris Jusuh,Samy Vello dan ramai lagi.Inilah masanya untuk Ahmad Said membongkar segala perbuatan Idris Jusuh semasa menjadi MB Terengganu dulu.

Yang mana banyak duit rakyat Terengganu telah disalahgunakan semasa dan sebelum zaman pertadbiran Idris Jusuh.Memang diketahui umum oleh kebanyakkan Rakyat Terengganu tentang Syarikat Pembinaan yang dimiliki oleh beliau dan keluarga beliau.Begitu juga dengan kroni-kroni beliau.

Semasa PAS memerintah Terengganu,segala royalti minyak ditukar kepada wang ehsan dizaman Mahatdir menjadi PM .Wang rakyat ditabur seperti wang mak bapak mereka,semata-mata kerana hendak merampas kembali Terengganu daripada PAS.Selepas berjaya merampas kembali Terengganu daripada PAS,wang tersebut mula masuk kedalam poket mereka sendiri.

Betapa banyaknya duit yang dirampas daripada kerajaan PAS,hinggakan sesiapa pergi krusus percuma yang dianjurkan oleh Kemas siap diberi elaun lagi.Mula-mula berjaya merampas duit royalti minyak,sesiapa anak Terengganu diberi RM1,000.00.Selepas itu dikurangkan RM500.00 dan yang terakhir sebelum PRU12 sebanyak RM200.00.Tetapi sebelum dapat duit itu,kena dengar ceramah sehari.Itupun hanya yang dipersetujui oleh Pengerusi JKKK sahaja yang dapat.

Nak dapat duit pula mestilah mengambil kupon daripada Pengerusi JKKK.Setiap kupon mestilah bayar RM5.00 kepada Pengerusi JKKK .Bayangkanlah satu kupon RM5.00,kalau 100 kupon dah RM500.00.Apa yang berlaku diTerengganu BPR hanya pejam mata aje.Daripada peringkat bawah hingga keperingkat atas semuanya nak kebas.Cuma bezanya yang bawah dapat RM5.00 satu kupon,yang atas faham-faham ajelah.Takkan nak makan ribu-ribu,mestilah juta-juta.Dah duit ada kat tangan,mana tak kelabu mata.

Kerana itulah banyak projek-projek yang tak ada faedah langsung kepada rakyat Terengganu dibina.Sewaktu saya pulang bercuti kat kampung selepas BN menang,saya ada berjumpa beberapa kawan UMno.Dan dia orang mengatakan kekesalan kerana memberi undi kepada BN.Kata kawan-kawan UMno selepas PAS kalah,langsung tak ada projek.Kalau adapun hanya untuk kroni-kroni yang rapat sahaja.Dan mereka menyatakan kali ini mereka akan undi PAS.Pasal bila PAS memerintah pasti banyak duit akan ditaburkan.Tetapi kata-kata karat UMno ni langsung tak boleh pakai.Bila dah dekat pilihanraya mulalah duit masuk kat poket.Bila dah masuk poket,hilang sumpah seranah mereka selama 5 tahun lepas.Itulah perangai orang UMno,manis dimulut je.

Oleh itu SPRM jangan berjalan dengan tongkat bila kes yang melibatkan BN tetapi bila melibatkan parti pembangkang,lari mereka kalah pemegang record dunia.Itupun hanya baru dengar aje,dah buka kertas siasatan.Jangan jadi macam SPR dan PRDM yang dah memohon menjadi ahli BN.

Awanama berkata...

memang ini kontrek khas yg diberi kpd kontrektor ahli UMNO....ni hasilnya "Projek Taufu" kata kaum cina.Ha!ha!
siasat!tentu ada rasuah besar dlm ni...

Abdullah Ngah berkata...

Anda mungkin masih belum lupa dengan kejadian Umno merobohkan masjid di Bujal kemaman suatu masa dahulu.

Manusia boleh melakukan ke atas rumah Allah dengan sewenang wenangnya. Tapi jangan lupa kuasa Allah tiada siapa yang boleh nafikan.

Tiada taufan tiada tsunami bumbung stadium yang begitu gah boleh runtuh menyembah bumi.

Itulah yang harus dijadikan pengajaran kepada orang yang dianugerahkan kuasa memerintah.

Jangan sedap ikut suka hati buat itu dan ini terhadap sesama manusia.

Kalau rumah Allah sanggup dirobohkan, apalah sangat dengan bumbung stadium yang dibina secara paksaan kerana mahu tunjuk yang aku boleh berlaka.

Saya hendak ingatkan kerajaan Terengganu jangan sombong sangat apabila diberi kuasa nanti bangunan Terminal lapangan terbang sultan Mahmud pula akan menyembah bumi.

mengapa? kerana sudah ada tanda tanda yang bangunan terminal lapangan terbang itu tidak kukuh.

Lebih lebih lagi persiapannya juga dibuat secara tergesa gesa nak tunjuk kepada orang bahawa lapangan terbang ini boleh bawa jemaah haji terus ke jedah.

ingat sebelum kena kalau dah kena tiada guna lagi. Periksa sikit bangunan terminal yang menjadi kebanggaan orang Umno Terengganu itu.

Saya bimbang dan takut runtuh macam bumbung stadium Sultan Mizan yang sudah menyembah bumi sekelip mata tanpa ada angin taufan sedikitpun.

ali.a.s berkata...

duit yg.digunakan tu, royalti kerajaan pas dulu, tu pasai tak berkat.ambil bukan yg. hak.

Awanama berkata...

Standard Proses Penganugerahan Tender/Kontrak di Malaysia

Kepada mereka-mereka yang ingin berurusan dengan pihak kerajaan Malaysia, sila baca dengan teliti contoh situasi di bawah sebelum anda datang ke Malaysia:

Sesi perbincangan sebut harga tender.

(Petender 1)
Wakil kerajaan : Sebut harga kamu RM 3 juta. Sila perincikan bagaimana kamu memperolehi nilai tersebut.
Petender dari Korea : RM 1 juta untuk tenaga buruh, RM 1 juta untuk bahan-bahan dan RM 1 juta untuk perbelanjaan dan sedikit keuntungan.
Wakil kerajaan : OK. Terima kasih. Nanti kami akan hubungi anda kembali.

(Petender 2)
Wakil kerajaan : Sebut harga kamu RM 6 juta. Sila perincikan bagaimana kamu memperolehi nilai tersebut.
Petender dari Jepun : RM 2 juta untuk tenaga buruh, RM 2 juta untuk bahan-bahan dan RM 2 juta untuk perbelanjaan dan sedikit keuntungan.
Wakil kerajaan : OK. Terima kasih. Nanti kami akan hubungi anda kembali.

(Petender 3)
Wakil kerajaan : Sebut harga kamu RM 9 juta. Memang jauh lebih tinggi dari petender lain. Sila perincikan bagaimana kamu memperolehi nilai tersebut.
Petender dari Malaysia : Alaaa... Datuk, macam ni. Senang ajer. RM 3 juta untuk Datuk, RM 3 juta untuk saya. Nanti kita upah laa RM 3 juta kat orang Korea tu buat.