12 Julai 2009

Jakim dapat balik kuasa

KUALA LUMPUR – Tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) dikembalikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej. Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu yang dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet semalam mampu mengembalikan peranan utama Jakim sebagai pengeluar pensijilan halal di negara ini.

Beliau berkata, peranan itu kurang sesuai dikendalikan HDC memandangkan badan berkenaan mempunyai tanggungjawab khusus iaitu menguruskan industri hab halal di negara ini.

Jadi kita harus beri kewibawaan itu kepada HDC dan kita fikir tanggungjawab mengeluarkan sijil halal ini perlu dikembalikan kepada Jakim kerana permintaan sijil halal ini begitu tinggi di peringkat antarabangsa,” katanya di Parlimen di sini semalam.

Pada April 2008, kerajaan menyerahkan tugas pengeluaran sijil Halal Malaysia kepada HDC.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian kt kj yerk..

Tanpa Nama berkata...

macam ni halal kita macam main bola. boleh main backpass. Sebab tu tak hairan benda subahat/haram boleh jadi halal. jakim kena pantau betul-betul, sebab ada pengusaha bukan islam sudah dapat halal masuk benda tak halal. Ada setengah tu sudah ada non-halal tapi buat halal. Yang ni pun kena check kerana majoriti kes macam ni, mesti masuk non halal ke halal seperti bahan mentah, perkakas dll.Yang rugi orang islam.

Tanpa Nama berkata...

Dengar kabar ada sindikit Halal diJakim. Dah terbongkar masuk paper pada bulan feb 2010. Apa nak jadi nie Jakim. Memalukn dan pilu sekali. Tempat yang diamanahkan untuk menjaga makanan orang-orang islam boleh buat begini. Jakim perlu dibubarkan dan digantikan dengan orang-orang berwibawa. Ustaz-Ustaz dijakim perlu dipecat kerna biarkan perkara ni berlaku. Perkara ni telah berlangsung sekian lama. Orang-orang bukan islam kertawakan orang-orang islam kerana anggap kita bodoh. Tah apa yang diberi kita makan. Nasihat kepada orang-orang islam supaya gunakan makanan premis islam saja dulu sebelum mengetahui kesahihan halal pengusaha bukan islam. Halal jakim pun boleh dipermainkan kerna pengusaha bukan islam akan guna cara mereka yang tidak menghormati agama islam didalam masakan/pembuatan makanan.Penguasaan atau monitoring lemah.Ustaz-ustaz jakim pandai cakap halalharam tapi tak ada tindakan.dah tu ditv, artis cium didahi tak ada tindakan syariah. Mengaku ustaz tapi takde response.Nak cari makan ke. Buang nama ustaz kalau tak boleh tegak kebenaran!!!