12 Julai 2009

YEN YEN, LU MENANG ANUGERAH MENTERI PALING KELAKAR ABAD INI

Menteri Melencongan perkenal DURIAN KUNYIT kepada penduduk yang mengusahakan tanaman itu. Gila punya kerja.

oleh Mohd Zaki Yaman
bypass308.blogspot.com

kahkahkahkahkah........kelakar giler kerja puak perabis duit kerajaan (duitgua jugak tu)mengadakan pesta makan durian, kononnya sebagai langkah awal bagi membantu penduduk setempat mempromosikan buah-buahan tempatan - Durian Kunyit.

gua tak bantah Kementerian Pelancongan, Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan, MCA Pasir Mas dan penduduk adakan pesta makan free tu, kenyang sampai tengah malam 400penduduk yang hadir, terimakasihlah kerana berjasa untuk rakyat. bukan senang dalam zaman serba cerdik nih nak mengembirakan rakyat. tahniahlah menteri yang merasmikannya, siapalagi kalau bukan Menteri Melencong, Ng Yen Yen.


yang gua tak setuju ialah siYen Yen tu memang tak ada idea untuk promote negara ke luar negara, perabih duit kerajaan untuk MELENCONG tu adalah, konon nak bawa pelancong masuk..tup tup sedekah RM1juta kepada tokey lumba kereta tu.

cuba lu semua habak kat gua, apa yang telah berjaya dilakukan oleh Yen Yen dalam membangunkan,memaju, mengkayakan industri pelancongan kita? habuk pun tarak !!!! dok menyibuk bidang tugas kementerian lain adalah. tuh, patutnya kementerian perdagangan ambil peranan pasal karnival mega sales Malaysia, laa...diapulakyang sibuk rasmikan peringkat zon timurlah, zon tengahlah...kononnya nak tarik pelancong masuk shoping...pppoooorah....

nih sekarang cedok idea kementerian pertanian pulak...nak promote buah durian di Kampung Pasir Parit (kat Pasir Mas, Kelantan), habis dibawanya 600kilogram durian untuk jamu 400penduduk kat situ....gilake lu???penduduk tak kenal Durian Kunyit ke, itu tempat depa, itu durian dari kebun depa....promote pelancong kepala hotak amende macam tuh???

kalau gua nampak sekor dua mat saleh kat majlis tu, takpa lah jugak, ni semua penduduk kampung, campur pegawai kaki bodek Yen Yen, campur puak MCA yang kebulur buah durian....yang tak habis makan siap masuk kat bot kereta lagi.

Dua tahun lepas gua pernah datang makan durian free kat kota bharu (sekurang-kurangnya gua ni kira pelancong jugak, domestik), kalau tak silap Pas jamu penduduk dekat sekolah cina,gua lupa nama tempat tu. kerja macam ni Pas setakat kawasan pun boleh buat, ini sampaikan menteri sendiri nak rasmi, melebih-melebihlah you nih Yen Yen. gua anggaplu nih nak tumpang makan free je.......

you nak promote macam mana? dari mana pelancong yang you nak ajak ke Kampung Pasir
Parit tu, depa makan durian dengan sudu dan garfu kot? jangan buat lawaklah lu Yen Yen.

Lu tau tak, kebanyakan pokok durian kunyit kat kampung tuh dah disewa pajak, orang dah booking, beli habis pokok satu-satu kebun, depa ambik jual semula kepada pemborong. mana ada lagi durian yang lu nak tunjuk jadi cenderamata kat pelancong yang lu nak bawa???? lu merancang tak masa nak buat semua ni,atau pakai cakap spontan je kerana godaan bau durian yang enak tu?

gua cadanglah, Yen Yen propose kepada semua kementerian yang ada sabit dengan pelancong seperti kastam, imigresen, kedutaan supaya buat syarat, sapa nak nak masuk malaysia kena masuk ikut Kampung Pasir Parit,kena buat latihan sejam bau durian. biar lebih ramai pelancong yang kenal akan durian,mesti kampung tu sohor dengan pelancong dan penduduk jadi jutawan hanya kerana jual durian.

lu memang buta mata dan telingalah, hasil durian kat situ tak pernah cukup untuk pasaran tempatan,lu lagi sibuk nak luaskan pasaran, lu ingat tanam durian macam tanam togey ke, boleh kutip hasil berselang beberapa hari???

yen yen, yen yen....lu lebih baik tukar nama jadi yoyo je dan memang serasi untuk buat persembahan dengan Menteri Aziz Satar untuk rancangan Bumi Hijau di RTM.

1 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

senang cakap pilihanraya akan datang jatuhkan yen yen dan sekutunya.