23 Julai 2009

Kelantan berhak terima Royalti - Razaleigh Hamzah

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

Ehsan: Suara Keadilan

8 ulasan:

zackeye berkata...

Syabas Tengku. Yang hak mestilah dikatakan hak. Jangan kerana sebab berlainan fahaman politik maka negeri pembangkang dianaktirikan. Tapi kalau wang itu diberi kepada UMNO rakyat mungkin tak dapat apa juga. Temgku kena mulakan perubahan untuk kemakmuran negeri Tengku sendiri. Ikut nasihat Zaid Ibrahim masuk PR dan jadi pemimpin yang boleh berjasa kepada rakyat. Mulakan dengan platform baru yang berjuang untuk keadilan dan kebajikan untuk rakyat. Dulu Tengku pernah mengatakan kemungkaran ekonomi yang dilakukan oleh UMNO.

mata2 berkata...

Pak Ungku jangan terlalu banyak bermimpi disiang hari, sebaik-baiknya segera bersama PR jika benar mahu menjadi hero Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Kenapa isu ini tidak diusulkan ke mahkamah persekutuan?itu kan lebih baik dari kita hanya bersuara dan bercakap kosong.Negara kita memiliki saluran undang2 untuk segala prosese yang melibatkan perundangan. Usulkan ke SUHAKAM jika hak rakyat tersebut benar2 terhalang. Tidakkah kerajaan Kelantan memiliki barisan peguam yang hebat disamping kerajaan pakatan? Kita melaungkan royalti itu Hak rakyat kelantan dengan yakin seolah2 kita memiliki bukti kukuh,justeru jika kita memiliki bukti kukuh bertindaklah secara undang2 kerana rakyat akan muak dengan cakap dan kata2 kosong terutama tentang hak..

ubatkuat berkata...

ulasan kau pun aku dah terbau akan kiblat politik kau,,HOI BN ,, segala hasil masyul negara malaysia ni milik mutlak mak bapak korang ke??

Tanpa Nama berkata...

kalau masuk mahkamah pun lum tentu menang....hakim ikut telunjuk bn.....

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama (7/22/2009,3.15a.m)...
kau nie bangang nak mampus....
klu bwk g mahkamah pun blum tentu kerajaan di bwh pemerintahan tok guru nik aziz menang..
kau tau sbb nyer... sbbnyer ialah semua hakim hakim kat malaysia nie dah ikut telunjuk "BN"..
lantiklah peguam tersohor kat dunia nie..
dah klu hakim-hakim byk yg ikut telunjuk "BN" yg gila kuasa tue...

Kekacang berkata...

Kalau dah tau benar salah, masuk je dalam PR. Jangan keluar banyak teori - teori merapu.

david ahmad muniandy berkata...

semua pak menteri pandai bercakap beri cadangan dan pandangan, tetapi diri sendiri tak pernah berubah...ptuih...