23 Julai 2009

Pengakuan oleh bekas paderi gereja Katolik

Oleh : Wani Amanullah

Assalamu Alaikum Warrahmaatullah

Kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, s.w.t.

Minta perhatian. Insha'allah, pada hari Sabtu, 01 Ogos, IPSI (Penang) akan menganjurkan satu ceramah umum bertajuk 'From the Vatican to Al-Azhar'.

Ceramah ini akan disampaikan oleh saudara Idris Tawfiq dari Mesir. Beliau merupakan seorang bekas paderi gereja Katolik dari Rome, Italy yang telah dianugerahkan hidayah Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah ditangan Yusuf Islam, seorang bekas artis pop di England yang dulunya dikenali dengan nama Cat Stevens. Menerusi ceramah ini saudara Idris akan berkongsi pengalaman hidup dari menjadi seorang ketua gereja Kristian kepada pendakwah Islam.

Program ini akan bermula pada pukul 4 petang bertempat di Bilik Seminar 2 & 3, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, 10460 P. Pinang (bersebelahan dengan kediaman rasmi TYT Gabenor Pulau Pinang) .

Masuk adalah percuma. Tempat meletak kenderaan disediakan. Buku-buku dan DVD agama akan dijual dalam program tersebut.

Sila datang beramai-ramai untuk menghadiri majlis ilmu ini yang diberkati Allah, s.w.t.

Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda. Jazakallah.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang berusaha,

Haji Kamarudin Abdullah, PJK
Presiden
IPSI (Penang)
http://www.ipsi.com.my/

2 ulasan:

hafiz berkata...

Assalamualaikum w.b.t.
Saya amat meminati forum berkenaan.
Jika terdapat pihak tertentu mempunyai masa atau ruang.Boleh x divideokan seminar berkenaan..besar harapan saya dan umat islamnya seluruhnya untuk menontonnya.
Terima Kasih..
hafizdnsh@yahoo.com

Mahasiswa Malaysia berkata...

SALAM...Tak salah sekiranya, ceramah tersebut diadakan di beberapa lagi tmpt2 umum mcm Shah Alam n Klang Valley Area... InsyaAllah pengalaman yg berharga dpt dikongsi bersama smue umat Islam...

Diharapkan penganjur dpt mengambil tindakabalas yg positive