11 Julai 2009

TENTUKAN MUHYIDDIN BALIK AWAL DI MANEK URAI

Oleh: mandor.blogspot.com

MAKA, berdegar-degar Muhyiddin berceramah di Manek Urai cabar Pas buktikan siapa lebih banyak buat kerja-kerja Islam kat negara ini termasuk di Kelantan. Umno bikin Universiti Islam, Bank Islam, masjid-masjid termasuk masjid kristal dan macam-macam lagi Umno buat untuk Islam. Aku ingatkan dia nak sebut juga pasal Pusat Judi Islam kat Genting, kedai-kedai judi Islam yang diberi lesen `halal' atau Undang-Undang Islam seperti Akta ISA tu.

Begitulah hebatnya kerja-kerja Islam yang telah dibuat oleh Umno, maka itulah dalil bahawa Umno adalah parti Islam. Kalau camtu aku rasa Singapura, Thailand malahan Negara China tu pun boleh dikatakan negara Islam juga lah pasal kat negara mereka ada banyak juga masjid-masjid malahan lebih moden dari kat negara kita.

Itu aku tak kisah pasal aku tahu benar standard Muhyiddin ni kalau bercakap. Tetapi yang aku pelik ialah dia mencabar Pas tapi masa bila Pas nak jawab cabaran dia kerana baru nak ajak berdebat menggeletar semua pemimpin Umno. Kalau pun takut sangat nak berdebat dengan Pas pasal Islam ni, sekurang-kurangnya berilah ruang pemimpin Pas bercakap kat TVuntuk menjawab cabaran Muhyiddin tu. Atau, beranikah Umno duduk sepentas dengan Pas di Manek Urai bagi membahaskan parti mana yang lebih menjalankan kerja-kerja Islam di negara ini? Sah lagi nyata Umno tak akan berani. Kalau berani, bukan Umno namanya.

Kerja mencabar orang di luar gelanggang ni adalah kerja orang penakut lagi dayus. Kalau nak bercerita pasal Islam, bukan di Kelantan tempatnya. Mungkin di Sabah dan Sarawak tempatnya. Aku yakin bahawa wacana ilmiah di antara Pemuda Umno dan Pemuda Pas yang dirancang akan diadakan selepas PRK Manek Urai ni nanti tidak akan menjadi kenyataan. Aku yakin sebab Pemuda Umno pun sama seperti parti induk mereka yang penakut. Meskipun di dalam Umno ada yang berstatus ustaz atau ulamak Umno, tetapi mereka juga tidak berani untuk menyahut cabaran Pas bersemuka dalam soal Islam ini.

Dalam perkara apa agaknya Umno berani berdebat? Soal ekonomi, Akta ISA, Pendidikan dan beberapa perkara lainnya, kesemuanya Umno tidak akan berani untuk berdebat pada waktu dan ketika ini. Umno hanya berani menuduh dan mencipta isu, tetapi Pas tidak diberi kesempatan untuk menjawab secara berdepan dengan mereka. Itulah kerja Umno yang menjadi salah satu sebab mengapa rakyat tidak lagi mempercayai parti sekular tersebut. Ini mungkin tidak disedari oleh pemimpin Umno kerana mereka mudah merasa syok sendiri.

Kalau ditanya kepada semua pemimpin parti di dalam komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan, mereka pun tahu sikap dan perangai Umno ni. Mereka pun sedar bahawa hayat Umno tidak beberapa lama saja lagi. Mereka pun tidak dapat menumpang serta mendapat faedah daripada Umno. Mereka tahu oleh kerana dasar Umno lah yang membuatkan ramai penyokong mereka tidak lagi menyokong MCA, MIC dan Gerakan. Oleh itu, rakyat di Manek Urai mesti mengajar dan memberi kesedaran kepada Umno.

Pada hari mengundi nanti, rakyat di Manek Urai mesti pastikan Muhyiddin dan kuncu-kuncunya balik awal meninggalkan Manek Urai sepertimana Najib di Permatang Pauh dan juga di Kuala Terengganu. Pedulikan janji mereka untuk menjadikan Manek Urai sebagai `anak emas' kununnya jika Umno menang nanti. Masuk akal ke parti yang sudah tidak berharga lagi ini ingin menjadikan Manek Urai `anak emas' sedangkan partinya sendiri sudah tidak mempunyai nilai ibarat`besi buruk' sahaja. Yang penting, talkinkan Umno di Manek Urai demi kebaikan ugama, bangsa dan negara.

3 ulasan:

deobandi berkata...

assalamualaikum
Saya ada laporan dari Manek Urai untuk pengetahuan Yb.Di kawasan mengundi Lata Rek telah dipenuhi oleh puteri-puteri UMNO dan mereka menetap di rumah penyokong PAS yang miskin. Mereka telah ditawarkan dengan RM1000 untuk tidak keluar mengundi pada hari mengundi. Jika ada perayu undi PAS datang ke rumah mereka, PUTERI UMNO yang berada di rumah mereka akan memastikan perayu undi PAS tidak dapat mempengaruhi mereka dengan mengurung mereka di dalam bilik air. Keadaan ini akan berlaku sehingga tamat tempoh mengundi pada 14 Julai ini. Saya baru pulang dari Manek Urai semalam dan mendapaat laporan dari ipar saya yang menjadi petugas di sana.

andy4484 berkata...

semamangnya pemimpin umno ini jantan, tapi jantan yang kepalanya tumpul. tau cakap kat luar je tp bila org ajak masuk dlm gelangang mengalah awal2.

aku ingat lagi 2,3 ari lepas muhjidin dlm ceramah dia ada baca beberapa potong ayat.Baru nak blaja nak belajar ke muhjidin?dia cakap orang umnopun pandai baca.lawak jgk aku bila dgr dia kata g2.

aku nak cadangkan satu pertandingan menarik.aku nak cabar muhyidin ni baca Yasin live di tv.sebab dia ni timbalan presiden umno, biar yb nasha sebagai timbalan presiden pas bertanding dengan dia. kan dia rindu sgt kat yb Nasha. cuma dia sorang je. dari awal sampai akhir.biar pengundi di manek urai n seluruh malaysia nilai sape lagi islam. garenti takutnya.nanti mesti ulama-ulama umno xkan stuju. silap ari bulan kena terajang kat ustaz firdaus kalu muhjidin salah baca.

kalau muhjidin ni sanggup,aku yakin kerajaan negeri kelantan akan sanggup sediakan tempat, peruntukan n semua skalilah.muhjidin cuma perlu berlatih membaca je jangan pikir perkara lain.

apa kata ko org semua, setuju x?

Tanpa Nama berkata...

Jika benar perkara ini terjadi, sila ambil gambar putri tersebut dan buat lapuran ppolis, tak kiralah jika kes akan kemahkamah selepas pilihan raya.