11 Julai 2009

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Mal
ama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."

Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin. Malaysiakini/-

4 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Apa lagi yang Mahathir mahu. Dulu kata Najib bertindak positif kin kata apa yang dibuat najib nagetif pulak.

Tak cukup ke dengan yang dimiliki atau tidak cukup makan rasuah macam makan babi.

makan rasuah dan makan babi haram dan boleh rosak akidah.

Rosak akidah kena menguncap semula.

Awal awal lagi saya dah kata apa yang dilakukan oleh Najib kosong tidak lebih daripada itu.

Tapi ramai yang puji Najib, termasuk orang yang ada gelaran profesor.

Kalau kelas profesor boleh puji Najib. apalah sangat dengan orang yang kelas rendah yang tidak pandai mengampu ini.

yang kelas atas itu mungkin tukang ampu atau tukang sokong yang barangkali boleh membawa rebah.

Mahathir juga barangkali ada niat begitu, sebab itu sekejap puji sekejap hentam.

Awas Najib, kerana mahathir ada anak yang sudah dilantyik sebagai timbalan menteri dan tidak mustahil akan jadi orang kuat dalam UMNO suatu hari nanti walaupun kalah ketua pemuda.

Mukhriz ada tali hayat. Kalau panjang usia dan sihat tubuh badan mahathir mungkin faktanya untuk menjulang anaknya sebagai dinasti politik kedua selepas Najib.

Tanpa Nama berkata...

kalau orang macam tun kata lebih banyak negatif, apa lagi orang macam saya yg tak ada apa2,
apa pun tarak....biasa aje

Tanpa Nama berkata...

itu semua harapan di dunia je..satu malaysia tahu BN BINI NAJID...

Tanpa Nama berkata...

mahathir duduk diam-diam. zaman awak dah habis as pm. kasi najib pulak. tengok banyak masalah dia timbul plak. Setiap PM BN ada dinasti nak tibai harta dan kekayaan rakyat.Rakyat juga jadi mangsa. Bilalah nak dapat PM amanah......?