11 Julai 2009

12 Billion PPSMI dah boleh bina 40000 Rumah Perlindungan

Email Oleh : Suara N9


RM 12 Billion kos PPSMI selama ini menurut laman web Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mari kita tengok boleh buat apa dengan RM 12 Billion :

- Boleh bina 40,000 Rumah Perlindungan untuk Saudara Baru , Golongan Fakir Miskin jika harga setiap rumah RM 300,000. Tak perlulah orang seperti Cikgu Adnan di Kuala Pilah merayu kepada umat Islam di Negeri Sembilan mengumpul dana untuk membeli sebuah rumah perlindungan di Kuala Pilah untuk saudara baru , fakir miskin , ibu tunggal.Baca di sini kesusahan Cikgu Adnan membeli sebuah Rumah Perlindungan http://yksn9.blogspot.com/2009/07/yksns-terpaksa-mengosongkan-beberapa.html

- Boleh bina 1200 dengan RM 12 Billion jika setiap sekolah baru RM 10 Juta.
- Boleh bina 4000 Sekolah Agama Rakyat jika setiap SARA baru RM 3 Juta
- Boleh bina 12 universiti dengan RM 12 Billion jika setiap universiti baru RM 1 Billion.

************ ****
Dari Blog Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Berapa kos PPSMI?
Ramai rakan yang mahu tahu berapa kos PPSMI selama ini!

Dalam majlis perkahwinan anakda Datuk Dr. Hassan Ahmad pada 17 Mei lalu, ada ahli GMP, Datuk Abdu Bakar Hamid, Datuk A Samad Said, Dr. Shahrir Mohd. Zain, Prof. Abdullah dan Puan Ainon berkesempatan duduk semeja dengan YB. Datuk Puad Zarkashi dan bertanya pada Timbalan Menteri Pelajaran.

Paling tidak RM12 bilion!

Jawab beliau, beliau diberi tahu oleh seorang pegawai tinggi kmenterianya, “Easily RM 12 billion … ” (Paling tidak RM12 bilion … terjemahan bebas pengarang).

Wah banyaknya. Berapa banyak?

Sekiranya setiap universiti yang baru ditubuhkan, termasuk UPSI, diberi satu bilion, maka semua universiti baru kita ini sudah siap kampusnya dalam masa enam tahun lalu.

Bayangkan universiti di Perlis, di Tanjung Malim, di Kelantan, di Terengganu, di Pahang, dll. .. semua ada kampus sendiri yang siap dibina.

Itulah yang sudah tiada kerana PPSMI.

http://profabdullah 1.wordpress. com/2009/ 07/09/berapa- kos-ppsmi/

Jumaat, 2009 Julai 03
Bina sekolah baru guna IBS

SEPANG 2 Julai – Pembinaan sekolah-sekolah baru akan diberi keutamaan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi mengatasi masalah pembinaan sekolah yang tergendala.

Di bawah sistem itu, komponen pembinaan dibuat secara terkawal kerana ia disiapkan di kilang sebelum dipasang siap di tapak sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, dengan menggunakan sistem itu, sekolah mampu disiapkan dalam masa singkat di samping kualiti tinggi serta reka bentuk yang menjamin keselesaan pelajar.

‘‘Pembinaannya juga tidak memerlukan pekerja yang ramai bagi menghasilkan komponen atau untuk menyiapkan binaan di sekolah terbabit.

‘‘Ia boleh disiapkan hanya dalam tempoh tujuh bulan bagi pembinaan blok darjah manakala 12 hingga 15 bulan untuk sekolah baru,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana yang menjadi sekolah pertama dibina menggunakan IBS.

Menurut Puad, Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan 138 projek pembinaan sekolah baru dan blok tambahan menggunakan kaedah itu di seluruh negara yang melibatkan kos RM1.4 bilion bagi tempoh sehingga 2010.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 117 buah projek dibina secara pakej dengan melantik empat kontraktor utama manakala 21 projek lagi melalui kontraktor terpilih.

‘‘Setakat ini semua projek disiapkan mengikut jadual. Sebanyak tujuh buah sekolah sudah siap termasuk SMK Putra Perdana yang sudah mula beroperasi 15 Jun lalu dengan permulaan 531 pelajar bagi tingkatan 1 dan 2 membabitkan kos RM26 juta.

‘‘Selepas meninjau sekolah ini, saya amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan termasuk reka bentuk yang memberi keselesaan kepada pelajar yang hanya disiapkan selama 10 bulan,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 3 Julai 2009

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/07/bina-sekolah-baru-guna-ibs.html

Tiada ulasan: