08 Ogos 2009

Kenyataan Media 7 Ogos 2009 ; Semua Kawasan PAS diarah mengadakan Solat Hajat hindar Selsema Babi.

Kenyataan Media Ketua penerangan PAS Perak : Isu Influeza A(H1N1).

Berhubung dengan jumlah kes jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) di Perak mencatat jumlah yang semakin meningkat menjadikan jumlah keseluruhan sejak 15 Mei lalu sebanyak 80 kes. Demikian menurut fakta rasmi dari Jabatan kesihatan sehingga 5 Ogos lepas.

Sehubungan dengan itu saya dengan ini memberi kenyataan media seperti berikut dalam perkara yang berkaitan :-

1. PAS Perak dibawah Lajnah Penerangannya telah mengarahkan semua 24 kawasan PAS di Negeri Perak mengadakan program Solat hajat Khusus secara serentak diseluruh negeri perak pada malam Jumaat 13 Ogos akan datang.Keputusan itu disampaikan dalam Mesyuarat dan taklimat kepada semua Ketua penerangan PAS Kawasan di Pejabat PAS Perak di Ipoh pada 4 Ogos lepas.

2. Program bermula sejak sembahyang maghrib di tempat yang ditentukan sendiri oleh PAS Kawasan mengikut kesesuaian.Selepas Sembahyang diadakan taklimat dari pihak Jabatan kesihatan setempat untuk memberi kesedaran kepada jemaah mengenai Selsema Babi. Perkara ini amatlah penting memandangkan tahap kesedaran rakyat khususnya yang beragama islam mengenai wabak ini masih rendah .

3. Akhirnya prgram diakhiri dengan sembahyang hajat selepas sembahyang Isya berjemaah. Sehubungan dengan itu pihak Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan hendaklah mengendalikan sembahyang hajat tersebut dengan kejasama pihak Dewan Ulama PAS Negeri yang telah memberi persetujuan untuk menyediakan penyelarasan doa khusus mengenainya.

4. Selain itu Usaha-usaha untuk menyedar dan memberi kefahaman mengenai wabak ini kepada rakyat diseluruh negeri Perak mengikut PAS Kawasan masing-masing hendaklah dipertingkatkan mengikut program yang difikirkan sesuai. Antaranya dengan meningkatkan penyebaran risalah .

sekian terima kasih.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,A good job YB.Usaha usaha penerangan yg berterusan akan meletakkan rakyat dlm situasi bersiap siaga.Tidak mudah panik dan "always alert".Kekal berusaha dan terus berdoa di iringi solat hajat sentiasa.Salam Jumaat dienambelas Syaaban. Nona Ratana Chulaborn.