08 Ogos 2009

Selesema Babi tapi ramai sakit Melayu ?

Oleh : Rozmal bin Malakan

Kesedaran umum mengenai penyebaran virus Selesema Babi atau A H1N1 masih rendah terutama orang Melayu. Mereka ingat nama penyakit Selesema Babi ini hanya boleh berjangkit jika makan , tersentuh atau berada berdekatan babi agaknya. Walhal virus ini sekarang merebak melalui sentuhan dan udara.

Akhir-akhir ini ramai yang dilaporkan mati assabab Selsema Babi ini orang Melayu.

Minggu lepas kawan saya pergi pasaraya Jayajusco di Seremban 2 yang kawasan di situ majoriti bukan Melayu, dia kata majoriti pengunjung di Jayajusco memakai topeng muka. Lepas tu dia pergi pasaraya Giant Senawang yang kawasan majoriti Melayu, boleh dikatakan tiada yang pakai topeng muka.

Sekolah anak saya di Seremban dah dua sekolah ada penularan wabak Selsema Babi ni , sekolah agama kerajaan pula tu. Satu sekolah tu ada dibekalkan sabun, satu sekolah tu tiada sabun, jadi saya suruh anak-anak bawa sabun sendiri.

Nampaknya kesedaran umum mengenai penyebaran Selsema Babi ini terutama orang Melayu boleh dikatakan ZERO.

Mungkin perlu tukar nama Selesema Babi ini ke Selesema Udara dan Selsema Sentuhan baru orang Melayu nak sedar agaknya.

Yang penting sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Selepas tu berdoa , solat hajat, bertawakkal dan seterusnya.

Rozmal bin Malakan
Seremban

7 ulasan:

yobleh berkata...

inilah kerja tak amanah yang dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan menjaga amanah kesihatan rakyat. mana think-tank kementerian kesihatan.jangan makan gaji buta sahaja. jika yang mendapat kecelakaan dari keluarga menteri baru nak ambil tindakan ke?

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kerajaan kena bekalkan topeng untuk setiap warganegaranya secara terus samada di pasaraya,pasar,perhentianlebuhraya dan sebagainya,janganlah hendaknya keluarkan tender untuk membekalkan topeng melalui syarikat2 gergasi.Lain pulak jadinya,almaklumlah...

GREENJADE berkata...

Salam Sdr Idham,very useful info.tks 4 sharing.. :)

mohon utk dikongsi (cut & paste) info ini di blog sy ye :)

al amin ahmad berkata...

saya tak larat nak debat dengan pegawai teknikal kesihatan dah..Jabatan kesihatan pemalas nak buat kajian sendiri..suruh test menggunakan kaedah2 tertentu..jawapan depa kos tinggi..suruh cuba buat campuran ubat2 tertentu untuk di jadikan anti body..jawapan kurang kakitangan di makmal?? apa ke jadah 1Malaysia ni? Pandangan rakyat tak mahu di terima...yang depa tau nak buat..buat invois..nak pi beli vaksin H1N1 dekat US yang depa sendiri tak tau vaksin tu betui2 baguih ke idak...
"baru 14 orang..jangan panik lagi" - ni ayat saya dengar di hospital oleh geng2 jururawat..ALLAH tak bagi depa kena H1N1 pun dah besaq tuah..
Naik benci dengan geng jabatan kesihatan..heharap ALLAH jangan turun bala dekat kami,hamba yang tak bersalah ni..turun bala dekat geng jabatan kesihatan nuuuu..amanah yang di berikan langsung tak di galas dengan baik...

yang mana patut kita dengar???
Doktor Pakar Swasta = Hepatitis A amat merbahaya untuk kita, vaksin sepatutnya di beri pada setiap rakyat Malaysia..kalau dah kena..yang paling merbahaya jangkitan kuman dekat otak...

Pegawai Teknikal Jabatan Kesihatan = Hepatitis A tak merbahaya..dah ada ubat..yang patut jaga ialah diri kita sendiri bukan jabatan kesihatan.

Semua wakil2 rakyat PR! buat kerja bebetui! bagi PR menang...dah menang nanti..kuatkuasakan undang2 kesihatan dengan baik...!
wassalam

Tanpa Nama berkata...

isteri saya ke pasar dgn anak pagi tadi, dua2 pakai mask. kena perli dengan org jual ikan. "beli kak ikan ni segar, blh ubat H1N1".

satu lagi makcik tu perli .. alah!! kalau nak kena, kena jugak... pakai la apa pun... huhuhuh!!!

Tanpa Nama berkata...

macamana nak sedar,kalau menteri kesihatan ckp malaysia masih selamat.cuba mase mula2 penyakit ni dikesan kita diberitahu penyakit ini bahaya,mudah berjangkit dan akan menyebabkan kematian..

Tanpa Nama berkata...

a'ah..betol