08 Ogos 2009

Seorang lagi mati akibat H1N1

Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.

Korban ke-13, seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru.

Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Kematian-kematian terbaru akibat virus selesema itu:

Kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia 2.30 pagi semalam di Hospital Batu Pahat.

Dua korban sebelumnya terjadi di Melaka - lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu, masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.

Termasuk 16 kes terbaru hari ini dan kematian tersebut, jumlah keseluruhan 1,492 kes semuanya - 11 daripada mereka kini dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU).

Malaysiakini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Sudi apalah kira nya kalau satu sudut khas di laman YB,tertera statistik angka korban H1N1 dipaparkan demi maklumat dan makluman semoga pengunjung sentiasa mengambil langkah perlu dan berjaga jaga setiap detik dan ketika.Terima Kasih jua. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Seluruh m'sia dh terkena H1N1 tp KELANTAN tetap cool....Blm ada kes...Renung2kan....