09 September 2009

Alhamdulillah, Najib luluskan projek pembangunan untuk Manek Urai RM8.9 juta

KUALA KRAI: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendakwa beliau telah meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manek Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai pada 14 Julai lepas, seperti satu berita yang disiarkan oleh bernama.

Najib berkata walaupun Barisan Nasional (BN) tewas kepada PAS pada pilihan raya kecil itu namun kelulusan projek itu sebagai bukti kerajaan pusat menepati janji dan ikhlas dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Namun begitu kalau mahu dibandingkan dengan jumlah tuntutan royalti minyak Kelantan sekitar 1.2 billion ringgit apalah artinya dengan kelulusan sebanyak itu. Nampaknya kalau silap haribulan penduduk Manik Urai yang kurang cerdik akan termakan "gula-gula Ramadhan" ini.

Dalam lawatan sehari itu Beliau mengumumkan pembinaan jambatan dua hala yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai lama yang berjumlah RM8 juta.

"Saya juga meluluskan projek pembaikan masjid Temalir berjumlah RM600,000 dan pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor bernilai RM300,000," katanya semasa berucap pada majlis beramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, kelmarin

Majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah tua nyanyok dah ke hapa.Negeri lain pun patut dapat hak yang sama.Semua negeri adalah Malaysia.Rakyat miskin disemua tempat.Mengapa rakyat tidak didahulukan untuk mendapat kesenangan.Bagi saya walau apa pun yang diberi umno semua itu adalah hak rakyat.Dan tak payah kita berterima kasih kerana gaji kita dengan gaji menteri jauh berbeza.Sedikit kita dapat banyak lagi mereka dapat.

melayucina berkata...

Tahniah untuk para penduduk Manek Urai, yang telah membuat pilihan yang tepat. Kena bersyukur kepada ALLAH. Ini dikatakan Akhirat dapat Dunia pun dapat. Jadi untuk para pengundi PRK yang akan datang faham-faham ajelah nak undi mana.

Tanpa Nama berkata...

Undilah PR,UBN akan tunai janji walaupun kalah.