20 September 2009

Penutup Ekspedisi Kebajikan 'Pemuda dekat... dihati' meriah


14 September 2009 (BATU KURAU) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut yang telah menjadi tuan rumah majlis penutup Ekspedisi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meriah sekali dengan kahadiran penyumbang utamanya seorang Ahli Korporat daripada Kuala Lumpur..

Turut bersama memeriahkan lagi majlis penutup tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Hassan, Timbalannya Mohd Nur Amin, Naib yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Salman Saleh, Penolong Setiausaha Safarizal Saleh.

Manakala pimpinan Pemuda PAS Larut pula diketuai oleh ketuanya Mohd Nazri Din yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak, Timbalannya yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin. Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Larut dan pimpinan PAS Larut yang hadir ialah Timbalan Yang DiPertuanya Haji Kamarudin Awang Basir.

Sumbangan yang berupa duit raya dan juga keperluan dapur termasuk beras tersebut telah ditaja oleh Ahli Korporat yang tidak mahu dimaklumkan identitinya telah menyumbang hampir 200 ribu seluruhnya.

Semua penerima yang hadir terdiri daripada kalangan anak yatim piatu, warga emas, golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin. Semua penerima hadir dari seluruh Kawasan Parlimen Larut seramai hampir 800 orang.

Pemuda PAS Larut tidak terhenti pada majlis penutup itu sahaja kerana mereka telah menyusun program yang hampir sama yang akan di agihkan kepada hampir 300 orang penerima lagi.

Salman menjelaskan bahawa program ini menunjukan bahawa Pemuda PAS adalah sebagai duta kebajikan dengan merealisasikan pemerintahan Negeri Berkebajikan.

'Kita sebagai Pemuda PAS adalah duta kebajikan kepada semua golongan yang memerlukan selagi mana ianya diperlukan dan kami akan cuba membantu semampu mungkin' tegas Salman

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pRU13 nanti,kouta pemuda kena ditambah lagi...muslimat Dr Najihah sorang cukup la...