20 September 2009

Selamat tinggal Ramadhan, esok raya.....

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sebentar tadi mengumumkan bahawa Hari Raya Puasa ditetapkan pada esok hari, Ahad 20 September 2009.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 20 Sept, 2009," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 29 tempat pencerapan di seluruh negara.

4 ulasan:

anakpahang berkata...

SALAM.

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MAAF ZAHIR DAN BATIN

kekwa66 berkata...

Saudara penulis,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Tanpa Nama berkata...

yeeee esok rayeeeeeeeeee... masa untk kite untuk saling bermaaf-maafan

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya YB