12 Oktober 2009

Calon PAS gagal dalam cobaannya di Bagan Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.

Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.

Di samping itu, BN juga menang di semua lapan daerah mengundi - termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada 2008, iaitu Pekan Siliau, Ladang Atherton dan Sua Betong.

Begitu juga dengan undi pos di mana majoriti yang dimenangi BN, iaitu 2,920 undi adalah dua kali ganda berbanding 1,891 undi pada 2008.

Dalam pilihan raya kecil ini, BN mendapat 3,521 undi berbanding 3,080 undi pada 2008. Manakala undi pos yang diperolehi PAS merosot kepada 601 undi berbanding 1,189 undi yang diperolehinya pada pilihanraya umum tahun lalu.

Sumber : Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Berdasarkan pengamatan saya melalui media-media alternatif, kekalahan ini mirip kepada kekalahan PAS Kedah dalam PRU 2004 dalam projek 'PAS Tawan Kedah'. Terlalu 'over confident' dan kurang bermunajat kepada Allah S.W.T. antara yang ketara - mirip juga kepada kekalahan tentera Islam di medan Uhud. Mungkin berlaku kealpaan kita bahawa Allah S.W.T. yang pemberi kemenangan. Sebaliknya kemenangan PAS dalam PRU 2008 di Kedah pula secara mutlak tidak dijangka; adalah terlalu angkuh jika PAS merasakan mereka boleh tawan Kedah pada 2008. Namun yang ketara, ahli-ahli PAS ketika itu banyak bermunajat dan bersolat hajat, banyak mengikuti program-program yang menampakkan hubungan hamba dan Tuhannya dan bersikap 'low profile'.

Sesungguhnya kekalahan ini adalah peringatan Allah S.W.T. kepada kita kerana kita kini kian kurang berhubungan denganNya. Kepada pemimpin PAS perbanyakkanlah menganjurkan program bermunajat kepada Allah S.W.T. di kalangan ahli - yang kini ketara kurang. Sesungguhnya tidak dinafikan banyak program keagamaan di masjid-masjid yang dianjurkan untuk rakyat, namun kurang dianjurkan majlis bermunajat di antara di kalangan ahli yang melonggarkan keeratan dan kesefahaman - perlu diingat kemasukan ahli-ahli baru selepas PRU 2008 amat ketara, namun program tarbiyah tidak mencukupi untuk memberikan kefahaman tentang perjuangan PAS.

Semoga Allah terus memberikan kemenangan kepada kita di masa hadapan. Sesungguhnya kepada pejuang Islam, jika kita menang, kita dapat kemenangan di dunia dan akhirat, dan jika kita tewas kita tewas di dunia, namun tetap kekal menang di akhirat. Semoga Allah terus memberkati perjuangan ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS.

Kepada penyokong UMNO/BN di Bagan Pinang dan amnya di Malaysia: kamu semua kini sedang menerima syurga DAJJAL, malahan kamu semua tidak menang sebaliknya kamu semua sedang mengalami kekalahan yang teruk, dan akan terus dikalahkan Allah S.W.T. secara mutlak tidak lama lagi. InsyaAllah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Tanpa Nama berkata...

jgan putus asa.... perbagaikan usaha,perbanyakkan munajat dan doa ,takdir yg menentukan segalanya.

Raziq Najab berkata...

...latakhof walatahzan inALLAHa maana!

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan kepada keputusan jelas menunjukkan :

1. Pihak PR masih cuba mengeksploitasikan isu-isu besar seperti isu Kepala Lembu, PKFZ, Teoh Beng Hock, S. Kugan, Rampasan Kuasa DUN Perak dan berbagai-bagai lagi. Sedangkan isu-isu tersebut sudah dimaklumi ramai.

2. Gaya kempen yang masih gagal memenangi hati pengundi kawasan bandar, adalah disarankan agar jika di kawasan bandar kerja khidmat masyarakat sepatutnya diperbanyakkan seperti gotong royong membersihkan prasarana contoh membersihkan perparitan dan sebagainya.. Pihak PR mempunyai tenaga sukarelawan yang ramai dan tidak menjadi masalah untuk membuat kerja-kerja tersebut.

3. Terlalu banyak menyalahkan pihak-pihak media, SPR, PDRM, ATM dan ajensi-ajensi kerajaan yang lain. Ini menimbulkan prasangka yang pihak PR sememangnya sengaja cuba mengeruhkan keadaan dan isu seperti ini yang telah diekploitasikan olih BN.

Akhir kata sudah tiba masanya Pihak PR menjalankan kempen-kempen yang lebih menyelesakan penduduk setempat bukan memeningkan kepala mereka dengan isu-isu daftar pengundi bertindih, penyalahgunaan ajensi kerajaan dan sebagainya. Semoga PR jangan patah semangat dan akan terus berjaya di masa akan datang.