22 Oktober 2009

ELAUN GURU KAFA RENDAH: PEMUDA PAS PERAK SOKONG DI NAIKKAN

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (20 Oktober 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat terkejut dengan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan bersempati dengan semua 2,898 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang mengendalikan 105,594 murid di 664 SRAR di Perak yang hanya mendapat RM500 sebulan walaupun mengajar 60 jam sebulan yang sepatutnya menerima elaun bulanan berjumlah RM1,249.88.

DPPN Pk menyokong penuh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang berkata guru KAFA berkenaan sepatutnya menerima elaun tambahan berjumlah RM749.88 sebulan kerana mengajar 36 jam melebihi tempoh masa 24 jam dalam sebulan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). DPPN Pk amat kesal pembelaan ini tidak langsung di ambil berat oleh kerajaan di dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam khasnya.

DPPN Pk berharap guru KAFA ini diberikan pembelaan yang adil serta memastikan kebajikan mereka terus diberikan perhatian yang sepatutnya dan adalah menjadi tanggungjawab penuh sesebuah kerajaan untuk memberikan pembelaan tersebut. DPPN Pk berharap perkara ini menjadi perhatian oleh kerajaan di dalam perbentangan Bajet kelak.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yb...ade setengah guru kafa di hulu pedalaman felda..sungkai..sudah 2 bulan tidak mendapat gaji mereka...minta yb pantau..

kerja sama yb diucapka terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

betul saya sokong.dah 10 tahun mengajar.bagilah kami 'bernafas'.ni dah taraf FAKIR.

Tanpa Nama berkata...

semoga pendedahan ini dapat di ambil perhatian oleh pihak kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

betul,tanggungan sudah ramai anak yang masih bersekolah.