03 Oktober 2009

Gempa bumi kuat di Kepulauan Tonga

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berskala 6.4 Richter melanda Wilayah Kepulauan Tonga pada kira-kira 9.08 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gempa bumi yang berpusat di latitud 15.82 selatan dan longitud 174.8 barat itu terletak kira-kira 7,021km dari barat Davao, Filipina dan 7,717km dari barat Tawau, Sabah.

Keadaan itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu yang akan memantau perkembangan itu.BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Berdasar pd latitud dan longitud yg di maksudkan mungkin kah jalur nya akan singgah sampai di perairan negara ? Nona Ratana Chulaborn

Unknown berkata...

Salam YB,Antara tanda-tanda kiamat ialah banyak berlaku gempa bumi.Ada juga pendapat ulama' yang mengatakan gempa bumi terjadi kerana bumi mengeletar kerana takutkan balasan Allah terhadap dosa-dosa manusia diatas mukabumi.
Betulkah begitu?

Tanpa Nama berkata...

semoga tsunami politik juga melanda dan menggelamkan BN di bagan pinang

suparjo@blogspot.com berkata...

pendapat ulama saja, tak semestinya betul. Dulu pun ulama mengatakan bumi atas tanduk lembu dan apabila lembu bergerak, maka gempa bumilah....