27 Oktober 2009

Pandangan saya : Isu kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Sejak blog Tok Guru menjadi tumpuan pada 22 Okt lepas, saya sebenarnya ingin mengeluarkan sedikit pandangan peribadi sebagai satu yang boleh dikongsikan bersama khususnya bagi pengujung blog ini. namun dek keterbatasan waktu dan kesibukan memikirkan persiapan Sidang DUN pada 28 ini saya baru berkesempatan pada hari ini.

Sesungguhnya saya ingin menegaskan lebih awal bahawa saya sangat sayangkan PAS berbanding individu-individu tertentu dalan PAS yang mempunyai agenda yang saya anggap menyeleweng dari perjuangan asal PAS. Pemimpin boleh datang dan pergi dijemput dan tidak dijemput namun wadah perjuangan Islam PAS ini lah satu-satunya harapan ummah di malaysia yang perlu kita pertahankan.

Persoalannya sekarang adakah kita masih sayangkan PAS atau sebaliknya sehingga kekadang saya nampak ada tindakan ingin mempertahankan individu tertentu walaupun ianya nampaknya membawa onar dalam PAS. MAKA saya dengan ini menyatakan sangat bersetuju dengan langkah kepimpinan PAS bermula dengan cetusan TG. Nik Aziz supaya apa yang dihasratkannya :" saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betu begitulah."

Siapalah saya yang sangat kerdil dalam PAS ini. Hanya saya dan Dato' Anuar Tan , satu di Perak dan satu di Kelantan menjadi wakil rakyat PAS berbangsa Cina, Sebenarnya saya merasa bangga dengan penerimaan PAS kepada kami sebagaimana penerimaan golongan Ansar kepada golongan muhajirin dalam peristiwa hijrah Rasulullah. Itulah PAS yang saya sangat sayang sebagai wadah perjuangan teman-teman cina Islam yang lain di Malaysia, tidak ada jemaah lain lagi untuk kami hrapkan melainkan PAS.

Siapapun tidak boleh mendabik dada dan merasa segunung jasa telah diberikan kepada PAS. Kekadang ada yang sudah semacam tidak menghormati keperibadian Tok Guru walaupun dia pemimpin dan ahli PAS yang masih hingusan. melenting tidak tentu pasal dan mengikut rentak akhbar arus perdana sama-sama menghentam Tok Guru. Berapa banyak komen yang dikirim melalui blog ini saya telah buang jauh-jauh dan memberikan ingatan kepada saya sesunggunya inilah perangai "melayu" dalam PAS sangat mudah melupai jasa orang lain, gopoh dalam mengeluarkan pendapat dan mudah untuk menghukum.

Kalau diamati blog Tok Guru, saya kagum dengan ketelitian dan sangat hati-hati nya menerbitkan positng dengan dimulai :-

"Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri."

dan hampir penghunjung posting beliau menyatakan :-

"Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini.."

Itulah sosok Tok Guru yang kita kenali dan saya yakin segala tindakan yang dilakukan termasuk luahan hasratnya dalam blognya adalah cetusan dari Tok Guru sendiri. apalagi asasnya memang ada, buka angin sepoi-sepoi bahasa lagi namun ribut kencang yang mesti ditangani dengan segera.

Masa telash tiba dan ianya mesti ditangani dengan segera,jangan sampai melarat dan berjangkit kepada politik di Perak setelah dia memberi kesan yang terakhir di Manek Urai dan Bagan Pinang.

Tentunya Tok Guru sesudah sembahyang baru mengeluarkan pandangan dan kenyataan, kalau kita keluar pandangan dulu baru sembahyang, maka saya menaruh kepercayaan yang besar agar apa yang dihasratkan oleh Tok Guru dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat demi untuk mengekalkan dan menambahkan lagi sokongan orang Melayu dan kaum lain kepada PAS.

Itulah lumrah dalam sesebuah jemaah, segala masalah adalah sesuatu lumrah dalam kehidupan berjemaah, namun sebagai salah seorang yang sejak hari pertama mengucap dua kalimah syahadah telah bersama dengan PAS maka saya semacam bayi yang baru lahir pada masa itu telahpun menjadi ahli PAS mengharapkan sesuatu yang terbaik sesudah dari penyelesaian isu ini.

Saya sayangkan PAS berbanding diri saya sendiri apa lagi individu yang ada dalam PAS yang lain , Ahli atau pemimpinya kerana hujjah saya PAS sedang berjuang atas landasan Islam dan tali rantai dan kesinambungan dari perjuangan para Nabi dan Rasul. Mana ada lagi perjuangan yang lebih baik dan mulia dari itu. Kita ada atau tiada perjuangan ini pasti ada kesinambungannya.

Kerana itu sepatutnya mereka yang terkeluar dari rentak dan keputusan parti termasuk keputusan bersama dengan Pakatan Rakyat, perlu ditegaskan perlu keluar atau dikeluarkan. Itulah yang sebaiknya supaya ribut dalaman yang segera akan diselesaikan akan tidak membawa padah yang lebih besar kepada PAS.

Sambutan Hari Terbuka pakatan Rakyat Perak yang julung-julung kali di Hadapan Pejabat PAS Ipoh malam tadi menampaknya kesepaduan 3 parti dan cantuman 3 kaum, Melayu, Cina dan india bersama mendokong wadah Pakatan Rakyat dinegeri ianya dicetus dan dilahirkan. Mereka yakinkan kepada perjuangan PAS, walaupun mungkin ada yang baru yakin kepada PAS dikalangan kaum india dan cina. Namun ianya suatu kejayaan yang besar setelah kita menunggu 50 tahun lebih.

Alangkah sedihnya sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik akan mengecewakan mereka dan menyusutkan sokongan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Ditambah kiti memiliki Kelab Penyokong yang mempunyai harapan yang tinggi kepada pemimpin PAS dan ia adalah aset kepada PAS.

InsyaAllah bertolak dari penyelesaian kemelut ini, PAS akan terus kehadapan untuk memimpin ummah dan warga Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.

49 ulasan:

TokTam berkata...

Allahuakbar. Semoga Allah SWT memberi kita petunjuk serta rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

phytrie berkata...

Hormatilah mursyidul am sebagai pemandu dasar dalam PAS...

Tanpa Nama berkata...

salam yb..

pendapat saya,saya setuju benar dengan pandangan Tok Guru.semoga pakatan akan memerintah negara dan dijauhi oleh anasir anasir yang ada kepentingan diri didalam pakatan ini..semoga Allah merahmati perjuangan pakatan,,

takbirrr...

WUZARA berkata...

Salam...

Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Walaupun saya tidak lagi bersama PAS, tetapi rasa kasih dan sayang sesama Muslim apatah lagi pejuang Islam mendorong saya memberikan sedikit muhasabah. Jika benar ambillah, dan jika bathil tinggalkanlah. Semoga Allah meredhai hidup kita.

Rasulullah telah mencontohkan kepada kita bahawa kekuatan fikrah yang lahir dari aqidah Islam merupakan intipati kekuatan kelompok baginda mangharungi gelombong dakwah semasa fasa Makkah hingga berjaya menegakkan negara Islam di Madinah. Malahan, keupayaan penerapan hukum Islam, mempertahankan negara islam dan malah mengembangkan Islam adalah kesinambungan kejayaan Rasul membentuk pemikiran Islam sebagai kepimpinan berfikir (qiyadah fikriah) bagi pengikut baginda. Tanpa terealisasinya perkara ini, walaupun baginda boleh berkuasa tetapi hukum Islam tidak akan dilaksanakan secara kaffah.

Inilah juga yang perlu ditempuh dikalangan gerakan Islam hari ini, iaitu menyatukan pemikiran dan perasaan ahli gerakan islam untuk jelas sejelasnya memahami dan mengambil minhaj kenabian dalam merealisasikan misi dakwah mereka. Kegagalan mewujudkan pemahaman sebegini sama ada di peringkat ahli apatah lagi kepimpinan akan menyebabkan bahtera dakwah tersebut kurang jelas jalan (thariqah) dakwah yang perlu ditempuh.

Jika masing-masing mendiamkan diri, maka terus meneruslah bahtera dakwah ini berlayar tanpa laluan yang jelas. Tetapi apabila ada pihak yang bersuara, sebagaimana yang dinyatakan TG Nik Aziz, maka tidak semua yang boleh menerima kerana masing-masing belum mempunyai kesatuan minhaj perjuangan.

Memang agak sukar untuk benar-benar menyatukan pola fikir gerakan Islam sebesar PAS setelah ia bergerak sekian lama. Tetapi jika pertentangan pandangan ini dikembalikan kepada Al Quran dan Sunnah, maka bukan saja kesatuan minhaj akan terwujud dalam PAS. Malah PAS akan dapat melihat kesatuan minhaj dengan gerakan-gerakan Islam lain dan betapa tidak perlu tahalluf siasi dengan parti-parti kufur.

Salam Perjuangan,
wuzara

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, ada betul pendapat yb dan ada yang tidak betul..bagi saya kepimpinan ustaz nasha,ustaz mustafa dan ustaz hassan ali tiada cacat cela nya. Meraka bukannya pemimpin yang tidak bagus ataupun pro kepada umno. pada pendapat saya mereka berpemikiran didalam skop yang jauh dan memikirkan keperluan akar umbi serta penyatuan umat islam didalam negara ini yang sudah hampir berpecah belah, cuba kita renung dan berfikiran terbuka menilai cadangan mereka, saya pasti mereka juga mempunyai tujuan yang baik untuk penambahbaikan didalam parti. saya berharap kita berfikiran terbuka didalam menerima kritikan, yang salah kita tegur yang betul kita sokong. jangan kerana rakan pakatan kita tidak boleh menegur dan sentiasa menyokong mereka walaupun kita melihat kesalahan di depan mata. Saya mengharapkan yang terbaik didalam parti, kami juga di peringkat bawah berasa amat malu dan dukacita dengan tindakan parti yang lebih menjaga rakan pakatan dari membasmi perkara yang dilarang didalam islam. Saya berharap agar tgna berfikiran dengan skop yang lebih jauh serta memikirkan penyatuan umat islam yang berada didalam keadaan yang sangat tenat. saya amat mengharapkan penyatuan ini dapat direalisasikan.

Ahli biasa.

Tanpa Nama berkata...

saya ahli PAS sejak 14 tahun yg lepas dan berketutrunan pakistan malah masih bertutur dalam bahasa urdu.

saya terharu membaca tulisan YB kali ini malah saya bersetuju dgn YB.

sejak akhir2 ini ramai ahli PAS di tempat saya sudah tidak mahu aktif lagi sejak pimimnan PAS yg di sebut oleh tgna mulai membuat bertapak kuat dalam PAS.

Rohaizal Mohd Khalid berkata...

Sokong TGNA dan YB Drs Khalil Idham Lim 100%...Klu betul kita menjadikan Quran dan Sunnah sebagai dasar perjuangan parti, apa yg ditakutkan dgn cadangan TGNA yg benar2 teliti dan beristikharah dlm memberi pandangannya...Terlalu sayangkan perjuangan Islam yg baru hendak menyinar di bumi Malaysia...

Lahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azdeem..

Allahuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

Selesaikan lah secara bermushawarah, TGNA pun ada silapnya. tidak mengunakan saluran yang betul untuk bersuara. mengunakan saluran media untuk mengaibkan pemimpin lain adalah tidak betul. Lebih baik bersuara secara tertutup dengan mengadakan perjumpaan serta meluahkan apa yang tersirat. Dalam perkara ini, boleh diselesaikan secara baik tanpa menyinggung perasaan pemimpin lain..

Tanpa Nama berkata...

Salam
Aamat baguslah dengan keputusan terakhir TGNA nak buat mesyuarat khas, ganti EGM. Rasanya tak kedengaran pun krisis dalaman pemimpin atasan PAS mutakhir ini(dulu tu adalah sikit), tiba-tiba dengar nak buat EGM, terperanjat jugak dengarnya. Zaman dah berubah rasanya sama-sama pemimpin atasan boleh berhubung sesama sendiri, selesaikan yang terbuku di hati, sama-sama nasihat-menasihati dan membuat koreksi melalui alat teknologi terkini-telefon,mesenger, email,gmai, sms dan lain-lain lagi yang munasabah hatta kalau pergi berjumpa bersemuka menaiki kapal terbang pun bukannya ambil masa lama sangat.
Harap ambil hati jugalah kepada orang bawah yang tidak mahu mendengar timbul kecelaruan pihak kepimpinan, nanti orang bawah lagi celaru, orang pihak lain pun buat haru.

Tanpa Nama berkata...

Salam, YB khalil Idham tolong jangan keluarkan sebarang kenyataan seperti yg disarankan oleh Ust Idris Ahmad . Semoga kita semua berada dalam ketaatan kepada pimpinan kita selagi tidak bercanggah dgn Al Quran n Hadith.. Amin

Executive Director berkata...

Alhamdulillah, masih ada YB yang sanggup berkata benar. Kita tahu semua YB takut kerana bimbang presiden tak sain surat untuk bertanding semula pilihanraya depan. Semoga orang yang tidak takutkan manusia seperti YB akan terus dipelihara Allah SWT. Berdoalah kita agar mereka yang takutkan manusia demi mandapat sedikit pangkat dari manusia dibalas sewajarnya.

Tanpa Nama berkata...

bincang molek dan muzakarah.. presiden dan syura perlu buat keputusan demi Islam... - imam

Tanpa Nama berkata...

bolehkah saudara2 sekalian bgtahu apakah kesalahan ketiga2 pemimpin itu didalam islam? adakah mereka melanggar ajaran islam serta membuat perkara yang salah. Adakah CADANGAN mereka untuk menjalinkan perpaduan sesama umat islam supaya lebih teguh dan utuh dianggap salah.
Adakah kerana kehendak duaniawi dan realiti kehidupan berpolitik serta berbeza pendapat menyebabkan mereka dikatakan "bermasaalah" dan patut ditendang dari kerusi yang diduduki.

Mohamad Fauzi Bin Hj Abu Samah berkata...

Salam...
Maaf le YB.... cikgu kurang bersetuju dengan YB pada kali ini. Rasa penghormatan pada TGNA sangat tinggi bahkan sayang Cikgu pada TGNA tiada batasnya kerana Ilmu TGNA. Namun banyak perkara yang perlu kita lihat kembali.... Kenapa isu Pro_Umnoooo diperkatakan kembali setelah tiada lagi orang yang memperkatakannya lagi ??? Kenapa disalahkan Dr Hassan Ali..... sedangkan Pengarah PRK adalah YB Salahuddin Y Pengarah Operasi Dr Zul.... Jangan menyalahkan orang lain kerana kegagalan kita.... Di Manek Urai.... kenapa PAS menang tipis...??? Ikutilah ulasan saya di www.cikgufauzi.blogspot.com

Saya bukanlah orang yang hebat..... tapi itulah pandangan saya... wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk yb,
yb dr khalil idham, saya tak setuju kalau dr cakap
siapalah dr untuk bersama2 menyelesaikan kemelut PAS ini ,tugas kita bersama2 untuk membetulkan kemelut kepimpinan yang berkuasa tapi tak berupaya
menjadi payung kepimpinan.Adalah menjadi tugas dan amanah untuk yb bersuara selaku pemimpin yang tidak mahu parti yang disayangi dirosakkan oleh segelintir pemimpin durjana yang ada kepentingan dunia semata-mata.yb patut bersuara jangan takut pada peminpin2 yang besar itu tapi jiwa mereka kecil dan kerdil dimata ahli kita.Teruskan perjuangan yb tanpa rsa gentar untuk membela kebenaran dan kenyataan.ingat pesanan ini berani kerana benar takut salh

zackeye berkata...

Yang selalu menjadi masaalah didalam komunikasi orang Melayu ialah mereka tidak mahu berterus terang atau direct to the point. Ramai orang buat kesilapan. Jika ada pemimpin yang telah berjumpa dengan pemimpin UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersatu dan meninggalkan PR dan kini telah sedar yang ramai warga PAS tidak setuju dengan cara begitu maka mereka harus tampil kedepan dan menyatakan apa yang telah berlaku dan apa muslihat sebenar tindakan mereka. Kalau muktamar telah menetapkan kesetiaan perjuagan PAS bersama PR maka pemimpin lah yang terlebih dulu menjadi contoh supaya mengikut prinsip. Jangan suruh ahli supaya patuh kepada perjuangan tetapi pemimpin boleh buat ikut suka. Cara TGNA memang drastik tapi itulah sepatutnya yang berlaku dari dulu lagi.

Tanpa Nama berkata...

suka bila yb pun sokong saranan tok guru...ikhlas...dlm sehari dlm 5 x buka blog yb...ralit mugo...tertanya2 gak dpihak mana yb ni...kuang3..apapun,kawe akan tolong yb,tolong promote blog yb,huhuu...9 juta lum 2010..haha

asas berkata...

salam drs

saya sebagai keturunan cina muslim dari selangor yang menyokong pas sejak dulu amat berharap berlaku perubahan seperti apa yang dikatakan TGNA.

ini kerana, tindak tanduk beberapa pemimpin pas seperti geng terengganu dan geng hasan ali di selangor ini amat menyusahkan kami sebagai ahli untuk berhadapan memberi penjelasan kepada masyarakat.

sbg contoh di selangor, kami berhadapan persepsi negatif dari masyarakat, baik org melayu mahupun bukan islam.

masalah dalaman Pas perlu diselesaikan dan tibalah masanya ahli2 pas bangkit mempertahankan parti dan jemaah, bukan mempertahankan pemimpin yang bermasalah!

BELL berkata...

salam YB...perkukuhkan perjuangan pas untuk tarik sokongan semua kaum selari dgn slogan pas for all...kpd 2,3 kerat pemimpin yg di tegur tok guru,,muhasabahlah diri...buat lah sesuatu jika tidak mahu do cop pro umno coz persepsi rakyatnya begitu kpd sesetengah pemimpin pas...saya juga sependapat dgn YB iaitu sayang pas melebihi diri sendiri...hormatlah TGNA,belajar lah sesuatu dr hidup tok guru hingga d segani lawan dan kawan serta di hormati oleh semua kaum baik melayu,india dan cina..
kepada pemimpin2 pelapis dlm pas,x usahlah jd pejuang bangsa berlebih2an..takut nanti tidak di senangi kaum lain..jd lah pejuang islam yg boleh blaku adil utk semua kaum..tunjukkan islam itu agama yg adil..ingatlah...kemenangan pas pd pru 12 di kwsn2 bandar atau kwsn campuran kaum undi bkn melayu yg memenangkan pas...sepatutunya pemimpin2 pas harus bkerja kuat utk merampas kubu n kerusi2 umno yg 85-90% melayu di dun kg2 yg pas kalah..

abufawwaz albakri berkata...

mengeruhkan keadaan lagi.. masyaAllah... supaya Allah menyelamatkan Jamaah ini.

terima kasih kepada YB kerana berjaya mengeruhkan keadaan... tahniah... tahniah... tahniah...

Tanpa Nama berkata...

*...kisah dalam kelambu jgn dibawa keluar...bincang dalam kelambu juga...barulah mesra...jgn mudah melatah...jgn menyalahkn antara satu sama lain bila ditimpa musibah...bukan ke ibaratnya 'satu ikatan yg kuat'...jika ada yg dirasakn tidak betul...betulkn...bukan terus menuding jari...

*inilah antara cubaan kepada jamaah yg hakikatnya semakin kuat dan mendapat sokongan...baru diuji sedikit, terus melatah dan menuding jari...akur dan respon kpd kenyataan yg entahkn betul atau tidak...

*kalau dlm kepimpinan pun tidak boleh atau tidak berusaha utk bersatu...bagaimana mahu menyatukan ahli jamaah...

*hanya kerana kenyataan satu orang...terus menidakkan keputusan ramai orang...

(AGAK KECEWALAH ANA)

Abah Along berkata...

Salam.

YB, Sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, saya mencadangkan agar :

1. Mengadakan majlis penerangan dan perbincangan mengenai "UG" yang pernah di cadangkan oleh Presiden. Ini kerana, saya dapati ada bloggers yang galak memnyatakan tentang "UG" dalam blog mereka. Panggil mereka ini untuk membentangkan hasil muzakarah mereka dengan Presiden tentang "UG" ni. Saya sendiri sebagai ahli PAS semenjak 1987, masih tercari-cari bila masa presiden telah membentangkan spenuhnya idea "UG" kepada ahli. Yang saya tahu, selepas diputuskan oleh mesyuarat dan muktamar, presiden menarik semula cadangan tersebut, kerana ahli belum bersedia. STOP DISITU.

2. Adakan majlis usrah dwi mingguan ataupun bulanan di kalangan bloggers di Perak khasnya bagi mendapatkan kesatuan fikrah, janganlah atas alasan kebebasan bersuara, mereka bebas menyatakan pandangan, bagaikan tiada batasan antara yang hak dan batil.

Harapan saya agar YB gunakan kehadiran dalam Mesyuarat Dewan Harian ataupun perhubungan negeri dan mengeluarkan kenyataan rasmi hasil dari mesyuarat yang akan diberikan oleh PJ.
Janganlah memberi pandangan peribadi atas sebarang permasalahan jemaah yang boleh dibincangkan dalam mesyuarat, kerana YB salah seorang dari ahli mesyuarat.

Mohon maaf, andai saya tersilap.

Ex AJK PAS Gopeng

aku dr amin berkata...

semoga Allah mempermudahkan kita semua. percayalah inilah pendapat yang cukup bernas dari yb. moga Allah buka hati para pejuang islam di malaysia untuk terus membawa PAS kejalan yang diberkkati

painah berkata...

saya setuju ngan tulisan YB. Saya rasa sedih jugak bila ramai ahli PAS sendiri membelasah TGNA, malahan di blog MSO ... penulisnya membuka ruang yg terlalu luas untuk pengunjung membelasah TGNA depan n belakang. Bagi saya TGNA lebih penting dari 4 serangkai yg dimaksudkan itu. TK

Tanpa Nama berkata...

hati saya juga merasa gelisah yang sangat beberapa hari ini. namun hati saya lebih yakin dengan tok guru.. setelah membaca pandangan yb saya amat YAKIN TOK GURU DI PIHAK YANG BENAR..

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan TGNA tubuh parti baru. YB Dr Idhamlim boleh jadi SU Agung.. He he jangan marah... Kita bersaudara. Tuhan kita sama ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

siapa yg mulakan semula isu perpaduan dgn umno? siapa yg nk masuk umno? fitnah terhadap 4 pemimpin dlm pas hidup kembali. walhal mereka sudah tutup buku mengenai hal ini. bukan mereka yg mulakan semula. yg hidupkan semula prof aziz bari dan meminjam istilah wartawan yg melabelkan 4 pemimpin sebagai pro umno. jadi, tak kenalah tok guru nik aziz seolah-olah menuduh 4 pemimpin ini yg hidupkan semula. mereka tak pernah pun bersuara ttg isu ini.

Tanpa Nama berkata...

Harap semua org ikut formula TGNA berfikir sambil disulami dengan doa/solat sebelum membuat keputusan, segalanya kita serahkan kpd Allah S.W.T..susah sngt kah..

Tanpa Nama berkata...

sokong TGNA dan pendirian tegas YB 100%, perjuangan harus kehadapan dan bukannya mundur kebelakang...

Tanpa Nama berkata...

Jelas media arus perdana dan pimpinan UMNO menyokong kumpulan UG, kita berdiri bersama TGNA..singkirkan kumpulan UG..

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG boleh boleh keluar dari pas dan memenuhi hasrat untuk berdakwah dari dalam UMNO...

Cokoh Cik Latih berkata...

Assalaimualaikum YB,
Terima kasih dan tahniah dengan pandangan YB tentang tulisan TGNA. Siapakah lg didalam pas yang lantang bersuara dan berani menyatakan kebenaran tentang islam. Siapa yang begitu tegas dengan menentang UBN yang menyeleweng dari dasar islam. Siapa kah lagi Ulama di malaysia ini yang apabila bercakap tak lekang dibibirnya dengan Nas2 alQuran dan hadis. Adakah kerana 2/3 orang pemimpin yang ditegurnya kita hendak membuang Tok Guru kita. Pas selamanya tetap menyokong TGNA.
Allahuakbar

abdullah mamat berkata...

Benar sekali ulasan YB
Memang benar , semua ini ada lah kerja Bahagian Perang Saraf & Perisikan UMNO. 3,4 org yg disebut sebenarnya adalah sasaran utama

Tanpa Nama berkata...

Kenapa hadi tak buat penafian kerjasama kerajaan perpaduan dengan UMNO, dan UMNO sekarang membelanya dan menghentam TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.saya orang kg kedah p buntar, tempat dikatakan PAS pure, tapi sebenarnya Umno pun kau kau jua. Mulanya saya UMNo, pas tu nak berbaik baik dgn pas, cuba rapat dgn beberapa leader local. tapi rupanya leader pas perasan! baru dapat sikit kuasa dah gah, rupanya mabuk kuasa gak depa ni.ya lah poltik katakan, cakap berdegar degar...sesama mereka ada yg mula dengki kat YB YB yg sememangnya anak luar P buntar!Padan le muka ahli pas P buntar. awat d p buntar tak dak orang yg layak ka , awat semua orang pas baik baik belake? porah, kencing dalam tempurungsuluh muka sendiri,

Tanpa Nama berkata...

Salam YB
Bila membaca posting YB ini, tetiba air mengair dari kelopak mata saya. YB lah orang yang disinari cahaya iman sejati. Tidak pernah sepanjang pergolakan ini saya membaca seperti yang YB tulis walaupun dari kepimpinan tertinggi.

Memang benar TGNA menulis lahir dari hati kecilnya yang selalu dirahmati tuhan. Saya selalu tertanya-tanya mengapakah di sebalik serba dan jubah orang yang mengaku berjuang Islam tidak mengerti ayat-ayat yang ditintai TGNA.

Sesungguhnya PAS sekarang telah jauh dari perjuangan para anbia' dan nabi. Sayang sekali, mereka ini bertopeng di sebalik jubah, serban, dan ayat quran. Dan pengikut bawahan dibutakan dengan istilah-istilah yang menakutkan konon jauh dari syurga. Aduhai...

Tahniah YB.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum YB..saya mewakili PERAKAN Cawangan Perak sentiasa berdiri teguh di belakang TOK GURU.
Segala intipati yang disuarakan oleh Tok Guru adanya betul bahkan memang betul,..kena perhatikan kepada apa yang berlaku di Perak. Kita di hentam, diserang dan bermacam macam lagi,..alih alih ada pulak nak buat ikatan dengan UMNO..UMNO dah nak habis riwayat kita pula nak sambung tali hayat mereka. wassalam - Ariffin (Timbalan Pengerusi)

Tanpa Nama berkata...

Lihat apa sudah jadi pada Anwar Ibrahim, Jawatan no 2 dalam parti dan negara!!! tolak kumpulan UG.

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pemimpin2 PAS ... Sejak menjadi pemimpin... USRAH diketepikan .... jemputan ceramah tak layan dengan pelbagai alasan... Jadi ....muhasabahlah .... kembalilah kepada perjuangan yang asal... bukan kepada dunia, jawatan dan duitan.wassalam - ahli yang setia.

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan UG mendapat sokongan penuh pemimpin UMNO dan media massanya, TGNA sendirian di serang UMNO, PRO UG dan media massa UBN, takkan kita nak berpeluk tubuh.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak singkirkan kumpulan UG, bagaimana nak menentang UMNO, perlu disingkirkan sebagaimana nabi saw menyingkirkan yahudi dari madinah, sehingga membawa kejayaan menawan mekah.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
YB, sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, sepatutnya YB mengeluarkan kenyataan sepertimana saudara Ajijoi http://ajijoi.blogspot.com/2009/10/isu-muktamar-khas-luarbiasa-pas-biar.html.
YB tak sepatutnya terlalu memihak pada TGNA sehinggga menampakkan seolah-olah YB mengiyakan apa yang media arus perdana katakan.YB adalah pimpinan, sepatutnya YB bawa pendapat ini dalam usrah pimpinan.Benar kata YB, pemimpin boleh datang dan pergi, begitu juga TGNA, TGHH, Ustaz Nasharudin dan YB sendiri. Kerana sayangkan PAS la kami tak mau tengok apa yang berita perdan keluarkan hari-hari sekarang ni pasal berita krisi dalam PAS.sEDANGKAN TAK ADA KRISIS pun.Cuma percanggahan pendapat mengenai kaedah dan pendekatan yang digunapakai oleh seseorang pemimpin. Kalau marahkan Dr.Hassan Ali sebab bagi komen terbuka dengan temuramah wartawan media perdana, kenapa orang TGNA keluarkan kenyataan TGNA melalui medium terbuka blog?Sama seperti YB.Inikah menyelesaikan masalah kecil? Seperti nak memperbesarkan masalah kecil menjadi besar tanpa disedari bahkan merugikan jamaah dengan dikaut keuntungan oleh pihak musuh. Inikah yang dikatakan sikap SAYANGKAN JAMAAH?

Tanpa Nama berkata...

Semua media arus perdana UBN menyokong Hadi dan kerajaan perpaduan, sedangkan TGNA disuruh letak jawatan oleh UMNO.kita bersama TGNA.singkirkan UG dari PAS.

Tanpa Nama berkata...

Semua pihak ahli adan pemimpin PAS hendaklah menyokong penuh TGNA, terangkan kepada peringkat bawahan agenda Kumpulan Kerajaan perpaduan.

Tanpa Nama berkata...

Musuh lebih besar dari UMNO ada dalam kepimpinan PAS!!! seolah-olah riak dalam hati yang merosakkkan amal!

Tanpa Nama berkata...

kenapa hadi tidak menafikan pembabitan dalam kerajaan perpaduan secara terbuka????

Tanpa Nama berkata...

bila UMNO dan media sokong seseorang bermakna ada sesuatu yg x kene.. Demi allah.. tanpa TGNA PAS tidak akan sekuat ini.. 100% sokong TGNA dan bukan ikut secara membabi buta..TQ

Tanpa Nama berkata...

hanya YB yang memahami hasrat dan naluri tok Guru,, tahniah YB..

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya apa yang berlaku sebenarnya hanyalah maslah komunikasi diantara pucuk pimpinan parti dengan TGNA, Sebagai seorang tua dan lama di dalam PAS beliau sepatutnya diberi taklimat berkenaan keputusan dan dasar baru yang di luluskan oleh PAS Pusat, bukan mengharapkan beliau yang terpaksa meminta dan mencari maklumat atau keputusan maklumat, bagi saya kebanyakkan pimpinan pusat merasakan beliau mampu untuk mendapatkan makalumat yang diperlukan dengan sendiri melalui email,fax,blog dan media baru yang lain, disamping kalau2 ada pimpinan pusat yang ada kebetulan mempunyai urusan di Kota baru barulah beliau mendapat sedikit maklumat yang betul dari individu yang sepatutnya itupun jika ada antara mereka sudi berziarah berjumpa degan TGNA. Beliau seperti yang saya katakan tadi adalah seorang tua dan lama (bukan maksud saya mengecilkan beliau) perlu kepada laporan yang betul dan terus dari individu yang bertanggungjawab. Sebagai contoh bolehkah kita mewakilkan anak kita menceritakan khabar terkini berkenaan keluarga kita kepada datuk mereka dengan alasan kita sibuk. Maka dengan itulah sebenarnya bagi saya berpendapat isu sebenarnya ialah komunikasi diatara Pasm Pusat dengan TGNA.