27 Oktober 2009

UMNO tidak berani sahut cabaran!

Rombongan Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ustaz Akmal (ketua Penerangan)

IPOH , 23 Okt- Rombongan Dewan Pemuda Pas Perak yang ingin menghantar surat jawapan cabaran Pergerakan Pemuda UMNO Perak di hadapan Banggunan UMNO Perak mencatatkan satu peristiwa yang cukup bersejarah kerana Pergerakan Pemuda UMNO Perak mengambil pendirian untuk tidak menerima surat jawapan cabaran tersebut.

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Penerangan, Ustaz Akmal dan exco serta rombongan pemuda Pas Perak mengambil tindakan untuk berjumpa dengan Pergerakan Pemuda Umno Perak dan menyerahkan surat jawapan sebagai respon kepada cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Saudara Maslin Sham Razman . Semalam, Maslin telah mencabar agar Dewan Pemuda Pas Perak mengemukakan bukti berhubung dengan dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) cuba melakukan kekacauan sehingga mengancam keselamatan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 22 Oktober.

Antara wartawan dan petugas media yang hadir

Wakil Pemuda UMNO hanya menghantar SUKnya untuk tidak menerima surat jawapan cabaran.

Dalam perjumpaan tersebut , Pergerakan Pemuda Umno hanya mewakilkan setiausaha kerjanya untuk tidak menerima surat jawapan dari Dewan Pemuda PAS. Puluhan wartawan dan petugas media turut bersama dalam menyaksikan peristiwa yang agak aneh dan bersejarah ini. Pemuda UMNO nyata cuba bermain dengan kata-kata apabila mengatakan tidak boleh menerima surat tersebut sedangkan dalam masa yang sama menyatakan persetujuan untuk menerima surat itu sekiranya dihantar melalui faks ataupun pos. Sikap putar belit Pemuda UMNO pada petang ini amatlah dikesali kerana melalui SMS yang dihantar oleh Maslin kepada saudara Safarizal selaku penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS menyatakan persetujuan untuk menerima surat dan kunjungan dari Dewan Pemuda PAS Perak.

Wakil pergerakan Pemuda Umno itu bukan sahaja tidak mahu menerima surat jawapan cabaran tersebut, bahkan dilihat cuba untuk merendah-rendahkan keupayaan Ketua Pergerakan Pemuda mereka sendiri yang tidak hadir bersama petang tadi. Mereka mengajukan tawaran perbincangan di waktu yang lain atas isu yang sama dan boleh diwakili oleh mana-mana panel dalam Pemuda UMNO sekiranya Maslin tidak bersedia. Tawaran itu seolah-olah merendahkan keupayaan dan kemampuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak untuk berhujah dalam isu yang penting seumpama sidang DUN ini.

Ustaz Akmal kemudiannya mengambil pendirian untuk membacakan keseluruhan isi surat jawapan sebagai respon tindakan Pemuda UMNO yang tidak mahu menerima surat tersebut. Dalam sidang media yang berlangsung sejurus selepas itu, saudara Safarizal telah menyatakan bahawa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak akan menghantar semula surat itu dengan hasrat yang sama iaitu untuk membincangkan isu kemelut politik di Perak dengan mengubah tajuk surat daripada menjawab cabaran kepada sesuatu yang lebih sesuai.

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Pemuda UMNO itu sebagai tidak mencerminkan keberanian anak muda dalam berhujah untuk mengemukakan pendirian dan ianya amatlah dikesali.

Dilaporkan oleh,

Mohd Al-Hakimi,
Setiausaha Kerja,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

"Saya diarahkan untuk tidak menerima surat dari Dewan Pemuda PAS Perak" kata wakil UMNO kepada rombongan Pemuda Pas Perak.

Ustaz Akmal kemudian bertindak pantas membaca keseluruhan kandungan surat tersebut sambil diteliti khusyuk oleh wakil Pemuda UMNO.

Wakil kedua pemuda UMNO mencelah untuk turut bersuara.

"Ini semua permainan media" ujar wakil Pemuda UMNO yang cuba untuk menyalahkan media kerana tidak berani untuk menyahut cabaran yang mereka sendiri laungkan.

Sidang Media dilakukan sejurus selepas itu oleh DPP Perak. Saudara Safarizal (PSU2) kemudiannya mengatakan pihak DPP Perak akan menghantar kembali semula surat tersebut dalam hasrat untuk terus berhujah dengan Pemuda UMNO yang kelihatan cukup gentar dan tidak bersedia.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak2 muda islam masing2 menuntut kebenaran parti masing2. Tiada penyatuan didalam islam. Cuba anda lihat dan renung sedalam2nya umat islam masa hadapan. adakah anda yakin penyatuan sesama islam dapat direalisasikan? atau akan berpecah belah. bangsa lain mungkin bergembira melihat perpecahan yang semakin ketara didalam islam dan negara malaysia. bersatulah wahai pemuda2.........

Tanpa Nama berkata...

anak muda mana satu yang tidak bersatu lak? semuanya bersatu. PERTAMA: pemuda pas bersatu hantar jawapan kepada cabaran pemuda umno. KEDUA pemuda umno bersatu dgn wakilnya untuk tidak menerima jawapan tersebut serta menyalahkan media yang dianggap bersalah. Kalau (saudara-10/25/2009 8:48 PM) mengatakan berpecah. Lihatlah dan renungkanlah sedalam-dalamnya budaya penyatuan ini boleh direalisasikan atau tidak apabila BERMULA nya budaya 'penyatuan' Dr Zambry ambil alih kerajaan Perak dengan tanpa adab yang sepatutnya. Analoginya, jikalau kita pinjam barang orang lain dan perlu pulangkannya semula pada tarikh yang sepatutnya adakah WAJAR kita rampas barang tersebut dari orang tersebut ketika mana dia nak memulangkannya. Kalau saudara-10/25/2009 8:48PM mengatakan ianya WAJAR maka itu adalah tanda perpecahan pertama di dalam ISLAM dan negara Islam. Maka bersatulah wahai saudara-10/25/2009 8:48PM!

ipoh mali berkata...

kepada pengulas pertama diatas saya ingin bertanya mahukah anda bersatu dan berbaik-baik serta bertolak ansur dgn org2 yg telah merampas dan mengambil sesuatu yg telah menjadi hak kepunyaan anda secara sah?

yop58 berkata...

Pemuda Umno have no ball
Cakap jauh boleh le
dah dekat hilang entak kemana
dasar dayus