05 November 2009

Jais diminta hadir mesyuarat exco, jelas isu tahan Dr Asri

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung penahanan dan siasatan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menteri besar Selangor juga mengundang mufti untuk memberi penjelasan isu tersebut kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam mesyuarat mingguannya esok.

Mohd Asri disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah selepas ditangkap tengah malam semalam di Hulu Kelang.

Beliau ditahan ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay.

Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi semalam menjelaskan, jabatan belum mendakwa Dr Mohd Asri kerana siasatan jabatan itu setakat ini belum mencukupi.

Dr Mohd Asri mempertikaikan arahan Jais memintanya hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi semalam walaupun tidak mendakwanya.

Mohammed Khusrin kemudian berkata agamawan itu dibawa ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon melanjutkan tempoh siasatan.

MalaysiaKini/-

2 ulasan:

ali alor setar berkata...

apa JAIS nie kuasa dia tinggi lagi ka daripada MB dan exco ugama?.Sungguh tak paham

Tanpa Nama berkata...

Dunia sekarang sudah berubah.Nak menyampaikan kebaikan agama pun kena ada tauliah. Tak tahulah tiap2 mufti di Malaysia ada tauliah atau tidak? Tak lama lagi Agama Islam akan lenyap.....Penduduk Malaysia lebih kurang 20 juta lebih dan berapa ramaikah Ustaz di Malaysia yang ada tauliah? Ulamak-ulamak besar seperti Yusuf Al Qardawi pernah berceramah di Malaysia, beliau ada tauliah atau tidak? Mengapa beliau tidak diserbu.....