05 November 2009

KRISIS PERAK : IMEJ MALAYSIA BURUK DIMATA MASYARAKAT DUNIA

Mohd hafez sabri

IPOH, 4 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini sekali lagi menggesa agar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Perak hentikan penipuan terhadap rakyat dan jangan sesekali menzalimi rakyat Perak. Beliau mengatakan, natijah daripada tindakan gelojoh UMNO dan Barisan Nasional merampas kerajaan Perak dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Perak, Malaysia kini dilihat semakin lemah di mata dunia. Perkara ini akan menyukarkan Negara Malaysia berhadapan dengan globalisasi dunia .

Menurut beliau lagi Dalam usaha kita menjalin hubungan dengan negara luar, sudah tentu Malaysia akan dilihat sebagai negara yang terkebelakang berbanding negara lain, akibat krisis pelanggaran demokrasi di Negeri Perak ini.

Katanya lagi, perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan pengasingan kuasa akibat daripada pelanggaran kuasa yang telah dibuatoleh Barisan Nasional. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga badan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran
(eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary) adalah 3 badan yang berasingan yang tidak boleh dicampuri apalagi dirosakkan, perkara ini sangat penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana badan.

Memetik ucapan beliau ”Akan tetapi, apa yang menjadi masalah kini, UMNO/BN adalah pencetus dan penggerak dalam merosakkan keharmornian ketiga-tiga badan ini di Negeri Perak ” ”Selain daripada itu, tindakan UMNO mengenepikan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak juga merupakan satu lagi pencabulan undang-undang oleh UMNO dan Barisan
Nasional di Negeri ini ”. Menurut beliau lagi akibat tindakan UMNO/BN ini, krisis Perak ini telah mengundang pemerhati politik dari seluruh dunia untuk memerhatikan politik kotor UMNO/ BN di Perak ini.

Natijahnya, politik Perak bukan dilihat sebagai rujukan yang baik untuk dicontohi akan tetapi, rujukan bagaimana sebuah sistem demokrasi boleh diruntuhkan oleh kuasa autokrasi perakar ini terbukti dalam perancangan rampasan kuasa kerajaan negeri oleh UMNO/BN di Perak ini.Jelas beliau.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
KALAU DULU jww birch, LEPAS TU harold macmichael DAN SEKARANG NI ANAK DIDIK BRITISH, IAITU umno memainkan peranan menyusahkan org2 Melayu. mereka semua ni sebagai kuasa2 yg angkuh (arrogant)yang tidak kekal lama, di ulang sekali lagi TIDAK KEKAL LAMA... Mana ada kuasa2 yg angkuh, korup dan sesat KEKAL LAMA! Tengok dan ambil iktibar kisah Sejarah Firaun, Namrud, Abrahah, Hitler, Saddam Hussein, Jepun masa Perang Dunia ke2, Shah Iran, dan rakan-rakan mereka yang telah di musnahkan oleh Allah SWT.
Orang2 yg telah TERTUTUP PINTU HATI takkan ambil iktibar dan pengajaran dari apa yg berlaku kerana mereka merasakan mereka sangat BETOL.
Samalah jugak dengan malaun tadi yg merasakan mereka BETOL, org lain salah...

mereka mendabik dada bahawa mereka bertindak untuk kepentingan Melayu..YANG SEBENARNYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN KRONI..

mereka mewar-warkan kepada 1Malaysia bahawa mereka bertindak supaya rakyat tidak huru hara dan aman makmur...YG SEBENARNYA MEREKALAH YANG MENCETUSKAN KACAU BILAU DLM MASYARAKAT DAN SEBALIKNYA MENUDING JARI KEPADA ORG LAIN..(DAKWAAN INI JUGA DI GUNAKAN FIRAUN DAN ABU LAHAB TERHADAP NABI MUSA AS DAN NABI MUHAMMAD SAW)...

mereka menggunakan apa saja kaedah bagi menghalalkan cara..(israel JUGA MENGGUNAKAN KAEDAH YG SAMA JUGAK IAITU KAEDAH MENGHALALKAN CARA)..menggunakan semua jabatan kerajaan... kekayaan, rasuah, ugutan dan lain-lain cara haram..
SEBENARNYA KAEDAH INI AKAN MENYINGKATKAN LAGI HAYAT MEREKA KERANA KAEDAH2 HARAM INI PASTI AKAN DI KETAHUI SEMUA ORG DAN MANUSIA SECARA FITRAHNYA TIDAK AKAN BERSETUJU DENGAN YG HARAM.