22 November 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

7 ulasan:

Pencari Fail SPRM berkata...

Boleh kah RANKING ini diterima pakai oleh KERAjaan BN Umngok...Ranking Rasuah badan dunia pun KERAjaan TAK AKUI..yang BN Umngok akui hanyalah SPRM RM RM RM...memang susah kalau dah di TIMPA PERASAN syok sendiri...kalau rakyat komen...semua SALAH...

armouris berkata...

Rahsia awet muda Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

armouris berkata...

Rahsia awet muda Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

armouris berkata...

Rahsia awet muda Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

david ahmad muniandy berkata...

tahniah kepada Tuan Guru

david ahmad muniandy berkata...

tentang rahsia awet muda dr.mahathir

tak tanyakah kat dr.mahathir kos berapa harga ubat vitamin impot dari luar negara untuk sebotol ubat suntikkan vitaman untuk ketahanan antibodi manusia? dan juga kepercayaan doktor mana satu yang dr.mahathir uruskan.

dulu pernah sekali seorang doktor pernah mengesyorkan ibu saya tentang perihal ubat vitamin ketahanan antibodi untuk warga tua itu kata doktor harga paling murah adalah sepuluh ribu lebih tetapi jangka hayat ubat vitamin dalam badan boleh tahan selama 6 bulan sahaja.

Awanama berkata...

Tahniah TGNA, teruskan perjuangan.