28 Disember 2009

Kumpulan Desak PAS Tinggal Pakatan Rakyat Bukan Anggota Parti, Kata Salahuddin

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah media hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri itu kerana kononnya tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Salahuddin juga berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak ambik tindakan apa??? pi mampos la depa tu... jangan ambik pot. dua hari jer senyap la isu ni.... kalau nak tau kesahihan nya, semak jer nama individu yang jadi jurulaungnya dengan pejabat agung, ader ke x de...jangan jangan baru semalam berdaftar jadi ahli terus ke pej. agung macam ada kes nak jadi ketua kampong dulu......

Tanpa Nama berkata...

huhuhu...salam...pelik gak..yang berdemo tu x de seorang pun yg nampak cam org pas...budak yg bnyak ckap tu x berkopiah pn...orang2 tu cam org2 sama je yg berdomo kpla L**** suatu masa dulu...x de gak orag2 tua..smua nya muda2 remaja....kita kenal org2 yg memperjuangkn islam dng ikhlas..

Tanpa Nama berkata...

Kesian UmnoNgok...mungkin dah tak dipedulikan di Selangor...
Nak buat macamamana, org2 Selangor tahu dan fahaam yg jika org2 Umno bercakap atau buat apa2... demonstasi ke, piket ke, fitnah ke,
hanya untuk mendapat RM, $ , PROJEK , SAHAM , untuk puak2 dan kroni2 mereka sahaja...
Mana ada untuk kepentingan ramai!!!!!!!

"Rakyat di susahkan, tak dipedulikan,
pencapaian $ RM untuk UmnoNgok sahaja"

Tanpa Nama berkata...

Mungkin benar mereka bukan ahli parti tetapi mereka mungkin benar-benar menyokong PAS..